Sunday, May 24, 2009

Jualan Proton MPV Exora meningkat, tempahan 11,000


JELI: Jualan Proton MPV Exora, mendapat sambutan hangat dengan jumlah tempahan semakin meningkat mencecah 11,000 unit dalam tempoh sebulan.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata sambutan terhadap kenderaan itu amat positif walau pun Exora baru dilancarkan dalam tempoh sebulan. "Dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia sekarang, tempahan terhadap Proton Exora amat menggalakkan.

"Dengan tempahan yang begitu tinggi, ianya adalah satu pencapaian terbaik bagi kenderaan Exora," katanya pada karnival Proton bersama rakyat di perkarangan R&R Gemang di sini, hari ini.

Beliau berkata, sambutan yang menggalakkan itu adalah hasil usaha Proton dalam mempromosikan model tersebut secara intensif kepada pengguna.

Pada peringkat permulaan pelancaran model itu, Syed Zainal Abidin berkata, wujud sedikit kesangsian di kalangan pembeli seperti kemampuan enjinnya dengan bentuk kenderaan yang besar.

"Namun selepas bakal pembeli memandu uji model kita, kesangsian mereka terhakis dan mereka memilih untuk mengambil model Exora," katanya.
Sehubungan itu, Proton mengambil inisiatif untuk mempromosikan model terbarunya termasuk model yang lain melalui karnival Proton yang diadakan di seluruh negara.

Beliau berkata, karnival itu akan dilakukan di seluruh negara dan daerah Jeli di Kelantan menjadi pilihan karnival yang pertama diadakan.

Pada karnival itu, Proton turut membawa model kereta terbaru, pendedahan pembangunan kaji selidik Proton dalam membangunkan kenderaannya, persembahan kajian dan tahap keselamatan kenderaan Proton.

Beliau berkata, karnival itu akan memperlihatkan usaha Proton dalam membawa teknologi terkini dan kualiti terkini kepada pengguna. - Bernama

Penampilan pertama Engku Aleesya














Saturday, May 23, 2009

BOSANNYA !!!

bosan betoi aku, ari nie aku masuk opis. tujuan masuk nk study tuk exam esok. tapi tak bley plak. kena prepared tuk final Audit ISO 14001:2004 yg akan bermula minggu depan di syarikat aku nie. tension betoi, semua kejar aku. nk itu, nk ini.... uwa.... sudahnya, aku amik jalan nk relax. aku pi lepak2 kat production bawah, pi jumpa kengkawan kat bawah. sempat aku amik gambor aku tengah bosan guna camera digital Abg Nazir yg botak tue. huhuhuh
gambor nie aku amik kat dalam bilik rehat kat department aku... actually, ini bilik tempat aku mula2 keje dulu sebelum aku naik kat opis.


Wednesday, May 20, 2009

tayar pancit pulak

BOSAN BETOI AKU ARI NIER, DAH LER MC. BALIK JOGGING TADI ELOK JE AMIK ROUND ABOUT DEPAN KILANG AKU TUE TETIBA TAYAR LEH PANCIT PLAK. SIB BAIK TAKDER SESAPA YG PERASAN. HUHU KALAU TAK MALU AKU, DAH LER SATU KILANG TUE KENAL AKU. MELAYANG 70HENGGET SESENJA KALA ARI NIER. BOSAN BETOI IDUP NIE..






Sakit gigi

uwa...
aku sakit gigi. tolong ... tolong ... tolong ...
kenapa lah saat-saat macam nie perlu datang semua sakit2 nie, tension betoi!!!
udahnye duduk rumah macam anak dara lah pulak.

apa aku nak buat ari nie erk?
myspace, friendster, facebook semua aku dah jelajah. but nothing lah. takper lah, aku kena mengadap nota lah jawabnye. nk exam minggu nie. paper Industrial Relation pulak tue. module yang paling aku tak minat. hurmmm buat cukup syarat jer aku amik HRM nie. tapi Insyallah aku akan cuba sedaya upaya aku utk habiskan study nie. ini cita-cita aku. Insyallah.

Monday, May 18, 2009

BOHSIA "Jangan Pilih Jalan Hitam"
















itu ticket BOHSIA yg aku pi tgk kat TGV jumaat lepas. huhuh 5kali aku tengok, tak jemu. sebab tujuan utama aku tgk adalah aku nk ikut style diaorang bawak motor tue. ahaks, mat rempit lah sangat. aku punyer impian nak beli motor catalyzer yg macam shamsul yusuf tue pakai. adoi... leh cair aku tgk.



Klasifikasi : 18 PL
Genre : Aksi
General Release : 23 April 2009
Masa : 90 minit
Terbitan oleh : Skop Productions & Grand Brilliance
Pengarah : Syamsul Yusof


Para Pelakon:
Nabila Huda ... Tasya
Salina Saibi ... Amy
Shaheizy ... Acai
Shamsul Yusof ... Muz
Aaron Aziz ... Azam
Diana Danielle ... Aisyah
Nasir Bilal Khan ... Salleh



Sinopsis Filem


Filem ini mengisahkan tentang dua orang bohsia iaitu Amy dan Tasya. Sejarah hitam hidup Amy dan Tasya telah menjadikan mereka wanita yang tiada maruah diri dan rosak akhlak.

Tasya mencemburui Amy, kerana Amy sering menjadi kegilaan mat-mat rempit. Teman lelaki Amy (Acai) juga bermusuhan dengan Muz (Teman lelaki Tasya) kerana selalu mencabar dan cari pasal apabila kalah dalam perlumbaan motosikal.

Dalam masa yang sama, Salleh (bapa Amy) meminta wang dari Amy dan telah menimbulkan kekecohan di sebuah warung. Ini memaksa Acai dan mat rempit lain masuk campur. Azam, lelaki yang pernah merosakkan hidup Amy dulu menganggu Amy untuk kembali ke pangkuannya tetapi tidak dipedulikan Amy kerana Azam kini seorang bapa Ayam.

Dalam kekalutan ini timbul pula persengketaan antara Tasya dan Muz kerana Muz menaruh hati pada Aisyah, seorang wanita sofistikated. Tanpa pengetahuan Muz, aisyah adalah adik kepada Azam.

Keadaan bertambah tegang apabila Tasya merelakan dirinya dikendurikan oleh Acai dan gengnya, semata-mata ingin membalas dendam pada Muz. Amy akhirnya tewas ditangan Azam dan tanpa disedari, dia telah dirogol oleh pelanggan Azam.

Adakah serakan warna hitam putih kehidupan kota yang penuh firna ini akan terus bermaharajalele pada jiwa mereka? .

Sejauh manakah perbezaan antara ketulusan manusia pada taraf kehidupan palsu yang dibina?

Dimanakah penghujung segala konflik yang bertali arus ini?

SAKSIKAN FILEM BOHSIA…!!!




Saturday, May 16, 2009

Aku & Rose merah

Rose merah... memang menawan. aku sendiri pun tatau awat aku pi beli ros merah tue. 3 kuntum, siap tokey kedai bagi bunga dia sekali, nk bagi cantik pasu aku. uhuks.. harap2 ia akan terus kekal merah, kekal mewangi & kekal menghiburkan hati aku.
tapi kan, mahal jugak harga ros nie, sekuntum Rm2hengget. kat ladang dia sekuntum baru 50seng. hahaha










Friday, May 15, 2009

KLCC

hari nie aku jenjalan kat KLCC nk tgk citer BOHSIA. dh 5kali aku tgk, tapi tak tau ngapa aku still nk tgk. aku amik tiket kul 4pm kat tgv. huhuh

sementara tunggu kul 4pm, aku jenjalan dulu kat floor 3 tue, amik gambor apa yg patut. huhuh