Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Alhamdulillah, Syawal telah datang. Tanpa kusedari, airmata ku mengalir dipagi syawal di rumah ku. tak bley jadi nie... aku siap2, basuh motor... call my sister kat KL suh anto barang, then gerak balik manjung. jam 11:00am gerak dari Tol Tanjung Malim.
posing jap sementara tunggu Kak Cik sampai kat Tol Tg. Malim nk amik barang bawak balik kg.
1:00pm, sampai kat kawasan Lekir. anything singgah kat Pusara arwah ibu. ku sedekahkan surah yasin dan doa semoga roh ibu ditemptkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin
Rindunya kat ibu...
Baniah bt Yusof, telah kembali kerahmatullah pada 25.03.1985
sampai di rumah di Manjung, rindu sangat kat anak sedara aku nie (Hariz), amik gambo dulu....
Sempat posing makan ketupat
...:: BotakYangEncem ::...
Sedey tahun nie tak tukar baju baru. Insyallah Hari Raya Qurban akan datang akan tukar...
Alim lah sangat, tapi tak p solat sunat Aidilfitri pun. (bangun lewat). Ubat pun lewat makan...
Kakak aku yang ke-2 & anak bongsu dia
Mohd Hafiz & Mohd Hariz
Ready nk drive gi umah my beloved daddy kat Lekir...
Pantang ada peluang, amik gambor jeeee....
Ketupat rendang kerang....
Me & my step mother.... lama tak jumpa. (rindu katernye...)

Saturday, September 19, 2009

...:: Kek ::...

MENARIK... Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan menerima persembahan 19 biji kek daripada pelbagai hotel bertaraf lima bintang sempena sambutan Hari Raya AidilFitri di Istana negara, hari ini.

dari Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
dari Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

dari Hotel Istana, Kuala Lumpur

dari Hotel Hilton, Kuala Lumpur
dari Hotel Dorsett Regency, Kuala Lumpur
dari Berjaya Times Square Hotel & COnvention Center

Friday, September 18, 2009

Cuti sudah bermula.... 17.09~27.09.2009

Bermula semalam, berakhirlah tempoh bekerja bagi pekerja-pekerja PTMSB. petang tue berduyun2 balik ke kg memasing. tapi bagi aku tak rasa apa pun. biasa jer.... cuti lama pulak tue. from 17.09.2009 ~ 27.09.2009.
tapi aku dh start cuti awal. hahaha (jahat betoi). takder lah jahat mana pun. kebetulan 16.09.2009 tue aku ada appointment ngan doctor kat hospital. then balik dari appointment terus tido sampai ke siangnya...(17.09.2009). apa lagi, kepala sakit, badan sakit... aku p panel clinic ler amik ubat. doctor plak bagi mc suh rehat bebanyak. aku amik jer lah mc tue.... balik dari clinic terus aku tido dah bangun2 sampai jam 5.00pm (18.09.2009). tak ke lama tue... dari jam 10:00am (17.09.2009) ~ 5:00pm (18.09.2009). uhuh
bila aku bangun aku rasa kosong je. tak tau kenapa, takder perasaan langsung nk balik kg ke apa ke... biar lah....

anyway, aku nk ucapkan selamat menyambut hari lebaran, minta maaf zahir & batin kepada semua yang view my blog. Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari aku.

1 Malaysia 1 Journey 1 Proton

1 Malaysia 1 Journey 1 Proton (Rojak)


1 Malaysia 1 Journey 1 Proton (Sensored)


1 Malaysia 1 Journey 1 Proton (Lok Lok)


1 Malaysia 1 Journey 1 Proton (Kuih Muih)


1 Malaysia 1 Journey 1 Proton (Konsert Pasar)


1 Malaysia 1 Journey 1 Proton (Ciplak)


1 Malaysia 1 Journey 1 Proton (Hangus)

Wednesday, September 16, 2009

F1 1Malaysia

Teknologi anak tempatan sertai perlumbaan

PUTRAJAYA: Pasukan F1 1Malaysia akan membuat penampilan sulung dalam Kejuaraan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mulai tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata projek itu menggabungkan teknologi Proton dan Lotus, kepakaran Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Petronas dan Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) serta bantuan SIC, Persatuan Permotoran Malaysia dan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia.

"Ini pasukan Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya, maknanya kereta ini (atas) direka bentuk, dibuat dan diuji di SIC dan adalah kereta buatan Malaysia.

"Kumpulan mengendalikan pitstop juga rakyat Malaysia. Kita akan kenal pasti pelumba yang sesuai untuk kendalikan kereta ini," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dua pemandu pasukan itu dijangka diperkenalkan pada 31 Oktober ini selepas tapisan daripada enam calon.


"Ini adalah satu perkembangan yang sangat bermakna dan pasti dapat menaikkan imej Malaysia dalam perlumbaan F1, khususnya dan persada antarabangsa amnya," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan I, berkata pasukan berkenaan akan dibiayai menerusi gabungan sektor awam dan swasta dengan pembabitan kerajaan menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Proton Holdings Berhad.

Pasukan itu turut mendapat kerjasama tiga tokoh korporat, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes; timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Mengenai kos yang akan dikeluarkan oleh kerajaan dalam projek itu, Najib berkata:

"Ia dilakukan melalui Proton, saya tak tahu kalau mereka (syarikat) hendak berikan angka."

Menjawab soalan, Perdana Menteri berkata, projek itu bukan pembaziran kerana ia membabitkan sektor swasta dan akan memberi pendedahan yang besar kepada Malaysia, khususnya jenama Proton dan Lotus.

"Maknanya kalau kita hendak eksport Proton dan guna enjin Lotus, kita perlu menentukan jenama kita lebih mantap dan dikenali serta diterima di peringkat antarabangsa.

"Ada elemen pemasaran yang kuat di sebalik (projek) ini kerana ia bukan dilihat sebagai satu kegiatan sukan semata-mata, tetapi ada unsur pemasaran dan untuk Malaysia seluruhnya," katanya.

Malah, katanya, usaha berkenaan akan turut membawa faedah kepada pengukuhan jenama Air Asia dan Naza di peringkat antarabangsa.

Ditanya sama ada pasukan itu sempat membuat persediaan menjelang kejohanan tahun depan, Najib berkata:

"Tentunya kita tidak boleh berharap ia (kejayaan) berlaku serta merta, ia bersifat progresif tetapi saya harap suatu hari nanti kita boleh mendengar lagu kebangsaan negara dimainkan (ketika menang), itu impian kita."

Malaysia mula terbabit dalam perlumbaan F1 sejak 1999 menerusi pembukaan SIC yang berjaya memasuki kalendar perlumbaan F1 dunia menerusi Grand Prix Petronas (Petronas GP) yang mana tahun depan adalah siri ke-11.

Kenyataan akhbar pasukan itu memetik Najib sebagai berkata usaha mewujudkan pasukan F1 Malaysia sendiri bertujuan menarik lebih banyak pelaburan asing dan kepakaran teknikal terbaik yang boleh menjana pertumbuhan industri automotif negara.

Najib berharap lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan bagi menghasilkan kereta yang berkesan dari segi kos, lebih ringan dan lebih selamat.

...:: Dibadai Asmara ::...


Haruskah...
Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti

Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

( 1 )
Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara

( korus )
Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta

Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia

Monday, September 14, 2009

...:: Butang Baju Melayu (katernye...) ::...

hehehe...
terima kasih Paw yaps.. nice, Insyallah akan digunakan di pagi lebaran yang bakal menjelang. ini ropernye hadiah yang dia cakap tue erk? thanks a lot.

cover siap pink colour lagi. tak hengattt. ingat aku nie girl ker bagi pink colour? tgk kat sebelah kotak tisu tue... ada apa? itu pun hadiah dari Paw Yups jugak. tima kasih girls yang kuat berjoyah.

Bila Diri Disayangi...

Lagu nie dah lama ada pasang, tapi aku tetiba teringat balik masa dok join salah satu Program bersama adik Nik Nurmadihah kat sekolah angkat PROTON di Pintu Gang, Kota Bharu Kelantan ari tue... tersentuh lah jugak dengar lagu nie....


Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Sunday, September 13, 2009

Siapa pilihan Volkswagen?


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Siapakah yang akan menang? Perebutan untuk mengadakan pakatan strategik dengan syarikat automotif terkemuka dari Jerman kini semakin hangat.

Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini menyatakan pihaknya telah berbincang semula untuk mengadakan pakatan strategik dengan Volkswagen (VW) dalam usaha menjadi lebih kompetitif di peringkat global.

Kenyataan itu akan muncul ketika DRB- Hicom Bhd. juga menyatakan hasratnya untuk memikat VW apabila perbincangan telah dijalankan tetapi belum dimuktamadkan lagi.

Syarikat milik tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary itu sememangnya mencari pasangan baru apabila hubungannya dengan General Motor Corporation (GM) dikatakan semakin retak.

Proton, sebelum ini telah menghentikan perbincangan untuk mengadakan kerjasama dengan pembuat kereta Jerman itu pada November 2007.

Menurut sumber industri, kemungkinan untuk Proton memuktamadkan pakatan strategik dengan VW adalah lebih besar berbanding DRB-Hicom.

Bagaimanapun, sebarang kerjasama antara Proton dengan syarikat asing perlu dibuat berhati-hati kerana pihak luar tidak dinafikan mungkin mempunyai motif yang berbeza apabila mengadakan kerjasama.

''Syarikat asing ini lebih cenderung untuk mempunyai kepentingan majoriti di dalam sesebuah syarikat.

''Bagaimanapun, kami berharap, jika kerjasama ini menjadi kenyataan, ia banyak memberi faedah kepada pembuat kereta tempatan,'' jelasnya.

Kerjasama dengan VW akan meningkatkan persaingan dan seterusnya mengembalikan semula keyakinan terhadap pembuat kereta tempatan itu.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berbuka puasa, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed berkata, kini apa sahaja perbincangan yang dilakukan berada landasan yang betul.

Beliau menambah, perbincangan itu masih di peringkat awal dan enggan mengulas lanjut.

Proton merupakan 43 peratus dimiliki oleh sayap pelaburan kerajaan Khazanah Nasional Bhd.

Menurut penganalisis, penguasaan pasaran Proton pada masa ini adalah sebanyak 30 peratus.

''Kami melihat potensi kerjasama dengan VW merupakan sesuatu yang positif dan dapat membantu Proton untuk terus kompetitif,'' kata Penganalisis Automotif Maybank Investment Bank Bhd., TJ Liaw.

''Sekiranya kerjasama ini terjadi, kilang Proton akan digunakan untuk memasang kenderaan VW, oleh itu dapat membantu menyerap lebihan kapasiti Proton sekarang,'' katanya.

Tambah Liaw, pakatan tersebut juga akan meningkatkan profil antarabangsa Proton yang ingin mengembangkan pasaran eksportnya.


Saturday, September 12, 2009

Sabtu yang indah 12.09.2009

Sabtu @ Saturday yang indah... masuk opis siapkan apa keje yang patut. plant shutdown activity
for ETM shop. sempat lagi turun merayap kat bawah... ini ari nie punyer gambor.
aku dh meroyan nk bergambor kot sekarang.... hahaha

Shuttle bus ETM Shop

Banyak jugak perkembangan positif kat PTMSB sekarang, dah ada shuttle bus kalau nk pi shop to shop... Exora lagi. ini aku tunjuk dia punyer tempat menunggu. ahaks... like bus stop juga

Ketupat...

ketupat nie dibuat tuk dekorasi opis aku. sajer plak nk tambahkan mood raya tahun nie. kot tahun2 lepas takder plak aku nk buat macam nie. mcam ada sesuatu jer nk jadi kat aku nie.... mayba raya terakhirku kot.... ????

Jumaat yang Bingung ... 11.09.2009

Wah... encemnya mamat nie... sapa lah tue erk? ahaks...
ini gambor² masa dalam kete syarikat, baru pas service & baru pas balik dari solat jumaat.
ini pulak dalam service center Karang Saujana, Tanjung Malim. tengah dok tunggu kete siap service. Our company car
macam pegantin nak akad nikah ropernye... (tapi tak jadi). Posing dalam kilang pun jadi lah
Pepagi sebelum gerk g Opis... sempat lagi snap gambor.