Saturday, September 12, 2009

Proton runding perkongsian strategik


KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan bahawa syarikat itu sedang berunding untuk membentuk perkongsian strategik tetapi enggan menamakan pihak satu lagi itu.

"Perundingan itu sedang laksanakan. Saya tidak mahu mengulas dengan pihak mana," kata Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir selepas berbuka puasa dengan wartawan di sini.

Menurut satu laporan akhbar, Proton sedang berunding dengan Volkswagen AG, pengeluar kereta terbesar Eropah.

Selasa lalu, Kumpulan Volkswagen dilaporkan merancang menjadikan Malaysia sebagai hab penyumberan alat gantinya dan pemasangan unit terurai sepenuhnya (CKD) dengan sebuah pengeluar kereta tempatan.

Semalam, Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Proton memerlukan satu perkongsian strategik dengan satu syarikat automotif antarabangsa untuk meningkatkan standard kereta nasional. - Bernama

No comments:

Post a Comment