Saturday, November 28, 2009

Celaru...

fikiran aku celaru sket sekarang ...
apa yang perlu aku buat? pilihan disana @ still di sini? ...

Wednesday, November 25, 2009

Proton kembali kuasai 31 peratus pasaran tempatan

Proton kembali kuasai 31 peratus pasaran tempatan

KUALA LUMPUR: Proton kembali menguasai lebih 31 peratus pasaran tempatan berbanding 20 peratus sebelum ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, hari ini.

Beliau berkata, ia terbukti apabila Proton mencatat keuntungan sebanyak RM168 juta, berdasarkan prestasi kewangan suku kedua tahun ini.

"Sejak akhir-akhir ini ada peningkatan dari segi prestasi berdasarkan prestasi kewangan suku kedua Proton yang mencatat keuntungan RM168 juta lebih baik daripada yang dianggarkan.

"Moga-moga ini menunjukkan Proton semakin mampu, menerusi model-model baru seperti Persona, Saga dan Exora," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Awang Adek berkata, Proton sentiasa berusaha dan mengkaji kaedah untuk memasarkan kereta model tersebut di pasaran luar negara.

"Kita akui bahawa Proton masih perlu tingkatkan kemampuan memasarkan kereta di luar negara, ini adalah sesuatu yang sedang dikaji oleh Proton, termasuk menjalinkan usaha sama dengan syarikat pengeluar kereta dalam usaha memajukan penjualan kereta, bukan saja dalam negara, malah di luar," katanya.

Beliau berkata, bagi tahun kewangan 2008-2009, jumlah kereta Proton yang dipasarkan dan dijual dalam negara sebanyak 108,405 unit, manakala jumlah eksport sebanyak 18,426 unit.

Menjawab soalan asal Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) mengenai statistik pembuatan dan jualan kereta Savvy dan Juara, Awang Adek berkata, sehingga September ini, jumlah pengeluaran dan jualan kereta Savvy masing-masing sebanyak 38,460 unit dan 28,761 unit.

"Bagi Proton Juara, jumlah pengeluaran sebanyak 3,490 unit dan daripada jumlah itu, 3,422 unit dijual hingga 2007," katanya.

Beliau berkata, Proton Savvy mendapat sambutan baik di pasaran negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

"Kos pelaburan termasuk kos pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi model Savvy sebanyak RM504 juta manakala hasil jualan daripada model ini bagi tempoh lima tahun dari 2005 hingga Sept lepas di pasaran domestik, hampir mencecah RM694 juta dengan 28,671 unit terjual," katanya.

Bagi model Juara, beliau berkata, kos pelaburannya berjumlah RM38 juta. Walaupun model ini dilihat kurang mendapat sambutan yang memberangsangkan, namun hasil jualan daripada model ini mencecah RM116 juta. - Bernama

---------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah,
moga² lepas nie pencapaian lebih memberansangkan. Kami warga PROTON akan teruskan tekad memastikan setiap produk @ kereta yang dikeluarkan berkualiti tinggi demi menjamin kepuasan pengguna.

Outdoor training @ Langkawi

Aktiviti @ Bengkel ke-3 untuk SLDN COACHING training, Anjuran Kayns Diploma Sdn Bhd dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada 22 Nov 2009 ~ 24 Nov 2009. Aktiviti ini telah diadakan di beberapa tempat di Pulau Langkawi. Antaranya adalah di Istana Kondo (Jalan Penarak), Beringin Beach Resort, Pulau Dayang Bunting, Gua Landak, Sekitar pekan Kuah & kawasan yang mungkin saya sendiri lupa... hehehe ini sebahagian gambar² yang diambil oleh hp saya sendiri. Gambar² lain akan dihantar oleh kawan² dalam masa terdekat.

Aktiviti Flying Fox dijalankan pada hari terakhir di Beringin Beach Resort.

Persiapan untuk membuat aktiviti Flying Fox ... best sangat !!! (sempat buat lambaian artis!. Artis ker???)
Gambar team Transform semasa nk habiskan task Rougin Aktiviti sekitar Pekan Kuah & Dataran Lang.
Team Transform : Isz, Rahim, Zaim, Khairil, Ida, Zizie & Zack (tiada dalam gambar)
Aktiviti nie memang aku sakit hati... ada ke patut biar ular tue dok jilat² telinga aku... geli geleman aku....
Aku Penakut Ular...
Kena bergambar dengan seoarang Local penduduk.
Kena bergambar dengan Mat Salleh
Tempat utk Rougin Aktiviti dimulakan...
Monyet² 1Malaysia di Pulau Beras Basah
Pulau Beras Basah
Beras Basah Island
Posing kat depan Bot nk p Pulau Beras Basah utk aktiviti Water confident.... tapi last² tukar tempat pulak
Artis Ker???
Petang Sabtu, lepak² kat Pantai Cenang (area Sandy Beach) thanks KZ.
Sampai kat Arau stesen jam 9:00pagi melalui Keretapi yang lembab macam siput... gerabak panjang pulak tue. perjalanan 12jam!!! (after this pikir berpuluh² kali)
Pemandangan dari atas keretapi, sawah padi terbentang luas di pagi hari.... sejuk cuaca walaupun hujan rintik².
Tidur kat dalam ketapi... tapi takleh tido. bebudak bising jer. bosan. Sib baik dapat tempat duduk yang boleh tidur(harga Rm48 hengget!!!)

Monday, November 16, 2009

Training of Records & Filing Management

Kursus Pengurusan Rekod & File di Kota Permai Golf & Country Club, Shah Alam
pada 04~05.11.2009

Saturday, November 14, 2009

Minta Maaf

Minta maaf kengkawan semua...
kebelakangan nie saya busy sket. kena attend training sana, training sini sampai diri saya sendiri pun tak terjaga. inikan pulak nk update blog. Insyallah nanti lepas balik dari training kat Pulau Langkawi saya akan update & letak gambar2 sepanjang training tersebut yer...

Tuesday, November 10, 2009

Bahaya barah maksiat batin

"BANYAK konflik berlaku, sudah hendak kiamatlah," kata seorang teman kepada penulis pada suatu pagi di kedai mamak.

Semua tidak kena satu pihak salahkan pihak yang lain begitulah sebaliknya.

Pembaca sekalian, adakah anda sedang berkonflik atau mungkin mengharunginya dengan perasaan yang melukakan?

Terdapat banyak punca berlaku konflik, antaranya sifat hati yang kotor. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati."

Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin. Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik.

Antara maksiat batin itu seperti:

1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.

2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.

3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.

4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.

5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.

6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.

7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.

Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:

•Bercakap banyak


•Suka marah-marah


•Berhasad dengki


•Bakhil


•Suka bermegah-megah


•Sombong dan takbur dengan diri sendiri


•Cintakan dunia


•Suka memfitnah


•Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna


•Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.

Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik.

Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat.

Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik.