Sunday, January 31, 2010

SEBELUM BERTEMUMU

Sebelum bertemumu
aku tidak tahu
apa yang aku tidak ada.

Sendirian aku berjalan
merenungi sepi
yang bersimpang-siur
dalam sunyi hati.

Lalu kauajari aku makna
sebuah kehidupan
dan perkongsian sekeping hati
bukan sekadar memiliki.

Sebelum bertemumu
aku tidak tahu
erti bahagia itu.

Saturday, January 30, 2010

Sudah cepat lupakanlah aku...


Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati
Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku

Cinta, kasih, sayang, rindu, dendam.... semua akan bercampur baur menjadi satu apabila hajat tidak kesampaian. Itu semua terletak kepada nawaitu kedua² pihak. Jangan sekali² kita mengalah & terus menjadi mangsa keadaan. Hanya diri kita, kita sendiri yang boleh mengubah kita. Tiada orang yang lebih berhak dari diri kita sendiri utk mengubanya...

Best kan lirik lagu Camelia nie.... sedey memang sedey, tapi apa nk buat. Benda dh lepas memang tak boleh diundur lagi. Harapanku agar apa yang terjadi sebelum ini akan tetap tersemat didalam diri disamping akan terus bermuhasabah dengan diri agar diri terus menjadi insan yang diRedhai olehNya. Amin...

Sesungguhnya, benda yang telah terjadi itu hanya mampu disimpan didalam kamus hidup & akan terus menjadi simpanan hati sampai bila². Tiada siapa yang tahu betapa hancur, remuknya hati yang dilukai. Tetapi, tidak terfikirkah kita bagai mana jika terjadi kepada diri kalian? owh tidak..................... Kenapa harus ku bercinta, kenapa ku percaya.. KENAPA???

Tuesday, January 26, 2010

Re-Union Ex SMTTI (juga terbuka utk semua lepasan pelajar SMTTI @ Pelajar SMTTI)

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua kengkawan,

Setelah penat saya & Ashaniza juga kengkawan yang lain planning untuk buat satu gathering together² a.k.a Re-Union utk ExSMTTI (Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan) khasnya & Pelajar² SMTTI amnya, satu kata sepakat telah dicapai iaitu;

1) Re-Union yang dicadangkan adalah pada 01.05.2010.
2) Tempat yang dicadangkan adalah di kawasan Asrama SMTTI @ area kantin SMTTI.
3) Setiap Ex-SMTTI yang ingin turut serta (HARAP² SEMUA AKAN TURUT SERTA, TIDAK KIRA BATCH BILA PUN...) perlu membayar Rm50/SINGLE & Rm70 untuk yang berkeluarga. *** [HARGA TETAP, TIADA RUNDINGAN]
4) Bayaran ini termasuklah untuk makanan, minuman, acara² selingan & sedikit cenderahati utk tetamu & pihak sekolah SMTTI.

Saya juga akan menghantar satu kad jemputan kepada semua (apabila saya dah terima masterlist Ex-SMTTI) untuk anda mengesahkan kehadiran & bayaran.

Segala pertanyaan boleh berhubung terus dengan saya & Ashaniza seperti berikut;
Isz - 0122200069 [
iszmacho@gmail.com] @ [http://iszmacho.blogspot.com] @ [http://www.facebook.com/BotakYangEncem]
Ashaniza - 0172861334 [ash070902@yahoo.com.my] @ [http://www.facebook.com/AshanizaMohamad]
untuk sebarang informasi terkini @ maklumat lanjut.

P/S: Para² organizer, sila bersedia untuk satu perjumaan bagi kita membincangkan agenda juga pembahagian tugas. Minta kerjasama yer....

Terima Kasih,
Yang Ikhlas...
IszMacho a.k.a BotakYangEncem :)

Sunday, January 24, 2010

Adnan Sempit tontonan kali ke-3




kali ke-3 aku tgk citer nie, memang tak kering gusi. sensorang pun jadi.... :p best, memang best. hakhakhak

Tuesday, January 19, 2010

Hidup

Hidup yang semakin mencabar, sentiasa penuh dengan kesukaran...
apakan daya, realiti hidup mesti diteruskan
demi untuk terus bertahan & bernafas di bumi Allah...
Ya-Allah ya Tuhanku,
kau berkatilah hidupku,
kau berikanlah kekuatan untuk diriku
menghadapi hari² mendatang
yang sentiasa penuh dengan dugaan, cubaan, rintangan
sesungguhnya, kepadamu aku datang... & kepadamu jua aku pergi

Rindu,
memang aku rindu...
tapi, rindu ku kepada siapa?
rinduku tiada berteman.

jiwa,
pergilah duka,
pergilah lara,
pergilah kesedihan,
pergilah bersama angin nan lalu....