Monday, May 31, 2010

:: Trauma ::

Mcdonalds

kenapa erk? service mcdonalds nie mcm kimak? lembab!
bila call customer service utk delivery dia punya soalan mak ai...
mengalahkan polis buat sesi soal siasat. habis, sepanjang² call bill telefon melambung² sapa nk tanggung? memang sial betoi.
dah ler tue, org yang pickup call jenis pekak badak kot, cakap 5kali pun tak tentu dengar. taip pulak sebijik². memang lembab lah.

sakit jiwa betul aku ari nie

Sunday, May 30, 2010

:: Warisan Terakhir Tanah Melayu ::

Tanjong Pagar warisan terakhir Tanah Melayu

Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN

MEMINDAHKAN stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Tanjong Pagar ke Woodlands di Singapura bukanlah seperti memindahkan kerusi dan meja. Stesen Tanjong Pagar mempunyai sentimen, nostalgia dan lambang hubungan sejarah antara Malaysia dan Singapura.

Mulai Julai 2011 stesen Tanjong Pagar tidak beroperasi lagi. Perjalanan keretapi dari negara ini akan berakhir di Woodlands yang jaraknya lebih kurang 30 minit perjalanan dengan keretapi ke Tanjong Pagar. Perbincangan dan kata putus antara pemimpin negara ini dan Singapura telah dibuat baru-baru ini.

Banyak yang tersirat daripada yang tersurat, antaranya akan berakhirlah tinggalan Tanah Melayu di bumi Temasik itu. Banyak menganggap pemindahan ini sebagai "menang-menang" tetapi yang penting, selepas ini hubungan kedua-dua negara lebih akrab sekalipun tiada lagi warisan Tanah Melayu di Singapura.

Isu pemindahan stesen Tanjong Pagar ini bukan baru. Misalnya tahun 1998 tercetus ketegangan antara kedua-dua negara kerana Singapura mahu memindahkan stesen itu ke Woodlands. Bagaimanapun Malaysia berjaya menghalangnya kerana ia melibatkan banyak perkara maruah negara.

Sebenarnya stesen Tanjong Pagar ada signifikan dalam hubungan rakyat dengan rakyat di kedua-dua negara. Ini kerana perjalanan menyeberangi Selat Tebrau adalah penuh simbolik lagi nostalgik.

Ia adalah ikatan satu zaman di mana kedua-dua negara itu asalnya satu tetapi kemudian berpecah dua. Semua ini diikat apabila ada sepasang landasan melunjur membelah Singapura dari utara hingga ke selatan. Stesen yang mempunyai senibina di Tanjong Pagar itu melampaui sebuah stesen keretapi.

Walaupun kini bangunan stesen Tanjong Pagar dikelilingi bangunan pencakar langit dengan senibina moden, ia tetap membawa identiti Tanah Melayu. Misalnya mural pada kedua-dua dinding yang tinggi pada ruang menunggu menggambarkan sosioekonomi di Tanah Melayu ketika itu. Lakaran aktiviti perlombongan timah, sawah padi, penanaman getah dan juga tongkang China yang sedang berlabuh mengingatkan asal usul Singapura yang berada dalam Tanah Melayu suatu waktu dulu.

Stesen kereta api Tanjong Pagar adalah mercu tanda sejarah sebuah negara bernama Tanah Melayu. Ketika Singapura menjadi nadi negara ini stesen ini melengkapkan "kewujudan" Tanah Melayu dengan adanya pusat perfileman Melayu di Jalan Ampas, Universiti Malaya (di Singapura) dan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Woodlands.

Kini Universiti Malaya berpindah ke Kuala Lumpur, pusat perfileman juga ke Kuala Lumpur. Ini termasuk juga sebuah organisasi persuratkhabaran Melayu, Utusan Melayu yang berpindah ke Kuala Lumpur pada 1958. Maka stesen Tanjong Pagar menjadi warisan negara yang terakhir "berpindah" menghampiri Selat Tebrau. Tapak stesen yang berkeluasan 32 hektar milik KTMB akan dibangunkan oleh syarikat kedua-dua negara.

Selepas Julai 2011, Tanjong Pagar akan menjadi wajah yang lain. Ini kerana dalam perancangan kedua-dua negara, akan dibina sistem transit pantas yang menghubungkan Woodlands dengan Johor Bahru. Pengangkutan menggunakan kereta api pada masa akan datang akan berakhir di Johor Bahru.

Pada 1998, kerajaan membuat keputusan untuk kekal di Tanjong Pagar walaupun didesak oleh Singapura berpindah ke Woodlands. Tetapi kini pemindahan atau "penghapusan" Tanjong Pagar dilihat sebagai mencabut duri dalam daging yang sering menyakitkan Malaysia.

Berdekad-dekad

Secara positifnya, memindahkan stesen keretapi dari Tanjong Pagar menyelesaikan banyak isu yang tertunggak sejak berdekad-dekad dulu. Selepas laluan keretapi negara ini berakhir di Johor Bahru, tidak ada apa-apa lagi yang menghubungkan negara ini dengan Singapura. Tanjong Pagar yang terletak di Keppel Road dibina pada 1932 dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.

Stesen Tanjong Pagar ini dibina untuk menggantikan stesen kereta api Tank Road yang dibina tahun 1903 dan merupakan terminal keretapi pertama di Singapura. Keunikan Tanjong Pagar adalah hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi di hujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara lain, stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke negara ini bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan kereta api.

Stesen ini juga menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan kereta api ke Singapura. Ia bermula apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta api dan pembinaannya dirasmikan pada 1909. Apabila berakhirnya riwayat Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, ini bermakna Tanjong Pagar juga menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.

Pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 menjadi pemangkin kepada perkhidmatan keretapi yang menghubungkan Singapura dengan negara ini. Stesen penuh sejarah ini menjadi suatu yang sering mengusik "keamanan dan persefahaman" Malaysia dan Singapura. Akhirnya terusir juga sebuah stesen kereta api milik Malaysia yang membelah republik itu. Semoga Singapura tidak memadamkan sejarah stesen Tanjong Pagar seperti terpadamnya sejarah Temasik.

Thursday, May 27, 2010

Wednesday, May 26, 2010

:: Kebahagiaan dalam PERPISAHAN ::


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahgiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahgiaan dalam perpisahan

Kebahgiaan…. dalam perpisahan….

Ya Allah Ya Tuhanku

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah
hatinya,perluaskanlah rezekinya,
dekatknlah hatinya kepada
kebaikan,jauhkanlah hatinya pada
kejahatan,tunaikanl ah hajatnya baik
hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia
menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia
dalam jurang cinta nafsu?Jagalah
hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada
hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di
jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang
meyeru manusia kejalanMu jika kau
halalkan aku merindui
sahabatku,janganlah aku melampaui
batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih
sejati hanya untukMu

Ya Allah
kurniakanlah sahabatku
kesenangan,ketenang an,kecemerlangan
hidup di dunia akhirat kelak..

AMIN

Friday, May 21, 2010

pic from Official Photographer






ETM vs PPC [3-2]

ngeh ngeh ngeh
Tahniah kepada ETM shop kerana berjaya menundukkan PPC dengan 3-2. Ini adalah game pertama ETM untuk inter-department musim ini. teruskan usaha anda. Insyallah kejayaan akan mengiringi kalian. Next game is on 25.05.2010 dimana ETM Shop akan menentang pasukan Body Assembly.



sorry yer, aku dah malas nk post gambar coz banyak sangt. better aku buat dalam bentuk video mcm nie. ngeh ngeh ngeh. ini pun aku buat guna kaedah try & error je. best.. jadi juga akhirnya.

Tuesday, May 18, 2010

kenapa

Assalammualaikum & Salam 1Maaysia all,

Alhamdulillah, ari nie aku ada mood sket nk update blog aku. Dh beberapa ari aku tak keje nie. Kenapa macam nie? Mohamad Iswady Putera, jangan memalas ye. nanti takder org nak kawin. kahkahkah (gatai lah pulak). Agak-agak apa yang baby aku buat sekarang kat Limbang tue erk? mesti dia busy keje kan? cian dia..... Ayang, buat keje rerajin errk. untuk adik aku tue yang kat Seri Kembangan, jgn dok nk merayap je jumpa orang sana, jumpa orang sini.... (jeles). ekekek

Sejak akhir-akhir nie, badan aku cepat sangat rasa penat. Tak tau awatnya, aku nie dh tua ke? uwa.... aku belum kawin lagi. mcmana nie? tlg kengkawan, carikan jodoh utk kawan korang yang EncemLagiMacho nie. :)

aku ingat ari nie nk turun Tanjung Malim, coz petang nie bekas department aku ada game kat padang Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim sempena sukan antara jabatan PTMSB.

lama tak tgk otai-otai ETM main, lama jugak tak jumpa kengkawan kat PTMSB nie. uwa.....

kakak aku , abg ipor aku, anak sedara aku nie asyik busy je... aku nk layan anak sedara aku pun kejap je, pastue dia tido. uiks, dah semakin buas dah dia sekarang. tapi seronok layan anak buah aku sorang nie. eheheh
tapi aku bila lah nk dapat anak sendiri. (boleh ke erk). ekekeke

ibu-ibu bapak-bapak tolong aku bantu aku, aku yang sedang malu..... (takdder jodoh)

perindu yang setia

SAYANG

sayang,
mengapa kau pergi seawal ini,
ketika aku masih memerlukan,

sayang,
apakah kau tidak menyayangi ku lagi,
apakah kau tidak kasihan kan aku lagi,

sayang,
ingin sekali aku bertemu kamu,
meluahkan kekusutan hati,
berbicara tentang kita seperti dahulu,

sayang,
izinkan aku terus mengingatimu,
sepanjang hayat ku,
seumur hidupku,

sayang,
izinkan aku merinduimu selalu,
akan ku ingat saat dahulu,
kenangan kau dan aku tidak akan pernah luput,
kerna kau hanya satu kekasihku..

Monday, May 17, 2010

:: Konvokesyen ::

ini ja gambaq-gambaq yang sempat aku amik sepanjang masa konvo ari tue. yer lah, p sensorang... takder sapa nak amikkan :( now tengah tunggu official photographer anto gambor kat umah plaks. :)






























Saturday, May 15, 2010

:: Hot Spot ::

HOT SPOT CRIME AREAS IN KL


1 Lebuh Ampang
Bus Stop Near The Indian Restaurants - Snatch Thief Area, victims are normally
Malay and Indian girls who are alone and not aware.Sexy Indian Girls, please be extra
careful if you are to say a word, they will insult you with vulgar words or
even slap your face if you put up a fight.

2 Jalan Ampang - Menara Great Eastern / Great Eastern Mall
- If you are approached by anyone - men or women asking for direction or time, please be ALERT if any cars or motobike that comes near you. Stop your conversation and run for your for your life, if not be ready to
scream or if you have a spray get it ready. Tag Team Ahli
Gusti Jahat Gang will either snatch your handbag / handphone or sepak you if they
can't get anything from you. If you are too sexy - they will bundle you into
their car or molest you on the spot..

3 Changkat Thambi
Dollah Off Jalan Pudu - Bus Stop and Wisma Shaw Areas Lots of
Mat Rempits who hang around the bus stop area to snatch your handbag.
Those who drive to this area and to Wisma Shaw for shopping or
Cari Makan, Please park your car at a safe parking area. Tepi Jalan parking
areas can be not safe - Taiko Tai might force you to remove your car
or they will park to block your car. Any words you say to them might end-up
you getting a good bash -up.[They have areas whereby only gang
leaders can park their cars]

4 Jalan Pudu From
Swiss Garden Hotel to Hentian Pudu Raya and Menara Maybank


4.1 Ladies please take care of your handbag and your handphone when you place
it near your ears - Mat Rempit Gang will Zoooom near you and roughly snatch it from you. You might just fall down due to th e impact of it and hurt your head by hitting the ground.

4.2 When withdrawing cash from the banks ATM [Ambank or Maybank] Please look around first b4 you do your withdrawal,
IF YOU NOTICE someone looking at you or suspicious to you,then you have to be extra careful OR don't do ATM withdrawal there! There is this GERAK KILAT gang who in a split second would be near you and snatch
or point a knife at you to handover the money, some even
force their victims to withdraw from their victims other ATM banks.[According to my not so reliable source - theywere one or two female victims who were raped and dumped at Setapak and Kepong area]

4.3 Boarding of Taxi or Unkown Person Car - Please take note of taxi registration number and of the route the drivers is taking you, was told if you are taken to a wrong road then you would end-up as a Rape victim or if
you are a guy, hehehe... you would be cash strip / burnt in a car.[My best friend lately was a victim, lost his Rolex Watch , Wedding Ring and ATM's Card ].

4.4 Ok, Ladies if you think that its safe to be on a motorbike with your Macho Guy that's fine, but beware of motorbikes beside you, they might be snatchers who will snatch your bag and Zoom away .


5 Wangsa Maju Putra
LRT and TAR College Area A New Gangster Area this area have now
become worst than Jin jan g, Balakong or Puchong .Groups of youths will
do anything to harm you for just a matter of cents or dislike personality.
Don't stare or look at them, all you will know is that they will just simply
stab you with a penknife or a dagger.


6 Kepong, Selayang,
Sentul Timur LRT and Wangsa Maju - UnKnown Part Time Taxi
Drivers or Stolen Taxi Waiting for You To Be Their Victims- Ladies if you are
alone, please DO NOT board a taxi if you think the driver is not pleasant.
If you have withdrawn money from the bank or that you are sexy please
ENSURE that the driver doesn't use the central locking of his taxi and driving you
to a right route.[You have the full rights to ask the taxi driver not to use the central locking - Wind down the windows if he does not obey to you]..
Macho Guy you too can be a victim cash and valuables.

Thursday, May 13, 2010

:: Muslim Yang Terpelihara ::

Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir.”

(al-Bukhari)

Huraian:

Orang yang memperhatikan keadaan manusia pada zaman ini akan dapat melihat betapa hebatnya kefasikan yang telah melanda kehidupan mereka.

Ini disebabkan keadaan masing-masing sesama umat Islam tidak lagi memberi erti persaudaraan sebagaimana yang dituntut oleh agama sebaliknya mereka saling kutuk-mengutuk, memaki hamun dan ada pula yang sampai ke tahap sanggup membunuh.

Lantas terjadilah perlanggaran hukum yang akhirnya mencacatkan nama baik Islam hingga Islam itu dipandang sebagai agama yang ganas dan bersifat keras.

Sesungguhnya inilah perosak ummah yang menjadi duri dalam daging bagi seluruh umat Islam. Mereka hanya mengutamakan hawa nafsu dan kepentingan diri tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung.

Oleh itu setiap Muslim hendaklah memastikan apa jua tindakan yang dilakukannya itu tidak melanggar batasan syariat dan sekali-kali tidak menjadi fitnah pada agama kerana hal ini bukan sahaja mendatang dosa bahkan memporakperandakan kesejahteraan bersama.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Konvokesyen 09.05.2010 @ SP Inn, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

muka depan buku konvokesyen
cube korang tengok, ada tak nama aku? hehehehe
haisshhhhh, awat ada 2 gambaq aku kat dalam nie? :)

KL Sentral ~ Butterworth, Butterworth ~ KL Sentral

tiket perjalanan dari Sental Kuala Lumpur ~ Butterworth, Pulau Pinang
tiket perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ~ Sentral Kuala Lumpur

Wednesday, May 12, 2010

Jalan-Jalan di Sg Petani, Kedah Darul Aman

Assalammualaikum & Salamm 1Malaysia,
aku attach pic sepanjang berada di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. aku ada kat sana sempena dengan Konvokesyen aku ari tue. dari 07.05.2010~09.05.2010. Terima kasih bebanyak kepada my friend, Cikgu Mart kerana tumpangkan aku kat umah dia & bawak aku jenjalan kat memana yg aku nak. thanks a lot.
nanti aku upload plak pic masa konvo erk. :)























































div>