Wednesday, July 28, 2010

Elak perselisihan dalam perkara furu’ – Tuanku Mizan

KUALA LUMPUR 27 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru seluruh umat Islam di negara ini supaya lebih bersatu padu, terbilang dan sentiasa mapan mendepani cabaran semasa.

Pada masa yang sama, baginda mahu umat Islam mengelakkan perselisihan dalam perkara furu’ (cabang) kerana ia akhirnya boleh menimbulkan perpecahan.

Baginda bertitah, sesungguhnya Rasulullah dan para sahabat merupakan ikutan terbaik dalam konteks memperkukuhkan ukhwah bagi pembangunan ummah.

“Beta juga berharapkan agar seluruh dunia Islam dapat bersatu supaya agenda memajukan umat Islam dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Beta juga mengharapkan agar masyarakat bukan Islam sewajarnya diberikan kefahaman bahawa Islam adalah agama progresif dan mencintai keamanan dan kemajuan,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-52 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Tema majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ini adalah Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Seramai 76 peserta dari 47 negara menyertai tilawah kali ini.

Baginda dalam titahnya turut melahirkan dukacita apabila umat Islam diancam dengan pelbagai serangan fizikal mahupun spiritual dalam dunia pasca moden ini.

“Sehubungan itu, isu Islamofobia yang meracuni masyarakat dunia terutama di kalangan masyarakat Islam perlu ditangani dengan segera,” titah baginda.

Baginda dalam titah ucapannya turut menarik perhatian mengenai masalah kemiskinan, perpecahan, peperangan dan kurang penguasaan terhadap ilmu yang sehingga kini masih membelenggu umat Islam di seluruh dunia .

“Umat Islam juga masih berhadapan dengan masalah gagal menghayati konsep Islam sebenar selain mudah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai.

“Elemen-elemen seumpama ini merupakan penghalang kepada usaha pembinaan semula kegemilangan tamadun Islam,” titah baginda lagi.

Justeru baginda bertitah umat Islam perlu mengorak langkah dengan mewujudkan nukleus idea dan pengetahuan yang mapan di setiap peringkat supaya generasi Islam intelek dapat dilahirkan.

Sekali gus, baginda bertitah, ia dapat mengelakkan penindasan di kalangan masyarakat Islam.

Sementara itu baginda bertitah, majlis tilawah yang diadakan malam ini merupakan manifestasi kecintaan umat Islam terhadap kitabullah.

“Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat dan petunjuk sepanjang zaman. Beta percaya sekiranya umat Islam sedar keunikan, keindahan serta maksud keseluruhan al-Quran maka ia akan beri banyak kelebihan kepada umat Islam,” titah baginda lagi.

Thursday, July 22, 2010

Mengingati kiamat bangkitkan keinsafan

AL-QURAN adalah kitab dan mukjizat paling indah. Keindahannya bukan sekadaruntuk diperdengarkan bacaannya tetapi diambil perhatian mengenai peringatan danancaman yang dijelaskan dalam ayatnya sebagai menambahkan ketaatan manusiakepada Allah pencipta semesta alam.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Apabila matahari digulung dan bintang berjatuhan dan apabila gunungdihancurkan dan unta yang bunting ditinggalkan tidak dipedulikan dan apabilabinatang liar dikumpulkan dan lautan dijadikan meluap dan apabila rohdipertemukan dengan tubuh, bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup ditanya keranadosa apakah ia dibunuh, dan apabila catatan amal perbuatan manusia dibuka danlangit dilenyapkan dan apabila api neraka jahim dinyalakan dan syurgadidekatkan, maka setiap jiwa akan mengetahui apa yang sudah dikerjakannya,sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang yang beredar dan terbenam demi malamapabila sudah hampir meninggalkan gelap dan demi subuh apabila fajarnya mulamenyingsing, sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa olehutusan mulia yang mempunyai kekuatan, kedudukan tinggi di sisi Allah yangmempunyai arsy ditaati lagi dipercayai.” (Surah at-Takwir, ayat 1-21)

Rasa takut dan cemas terbayang menekan kita. Ketakutan meliputi seluruh alamdan mencemaskan jiwa serta menggoncang dada. Malah, ketakutan mencengkam seluruhbumi dan langit yang digerakkan lagi oleh ketakutan dan digentarkan pula oleh firman-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Apabila terjadi hari khiamat, tidak seorang pun dapat berdusta mengenaikejadiannya. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golonganyang lain. Apabila bumi digoncang sedasyatnya dan gunung dihancur luluhkansehancurnya, maka jadilah debu yang berterbangan.” (Sural al-Waqiah, ayat 1-6)

Pada saat lain, ketakutan itu terlintas dalam bayangan dan bergoncang perasaan.Semua itu sebagai peringatan kepada kita untuk menambah ketaatan dan ketakwaan.

Firman Allah yang bermaksud:

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan harikiamat itu adalah suatu kejadian yang besar dan dasyat. Ingatlah pada hariketika kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusuianaknya. Dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil, dan kamu lihat manusiadalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azabAllah itu sangat kerasnya.” (Surah al-Hajj, ayat 1-2)

Demikian gambaran demi gambaran yang ditampilkan Allah mengenai pemandanganhari kiamat. Sesekali perasaan takut merasuk ke jiwa dan pada saat lainberasakan kemantapan dan ketenangan. Sesekali terbayang api neraka yang membakar dan sesekali pula hembusan sejukangin syurga menerpa, lantaran itu pengenalan terhadap alam akhirat menjadipenting dan sempurna sebelum hari yang dijanjikan itu tiba.

Firman Allah yang bermaksud:
“Hari kiamat; apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu, apakah hari kiamat itu?Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran dan gunung-gunungadalah seperti bulu yang dihamburkan.” (Surah al-Qariah, ayat 1-5)

Demikian paparan yang diungkapkan al-Quran mengenai peristiwa yang mengerikan.Ungkapan pemandangan kiamat tentu meresap, membangkit kesedaran dan keinsafan.Betapa hari kiamat senantiasa menjadi perhitungan dalam hidup. Ia begitu lekatdalam hati dan lisan. Lantas kita pun bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan dan ketaatan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Allah akan melipat petala langit di hari kiamat lalu menggenggam dengantangan kanan-Nya seraya berkata; Aku Raja segala raja! Di manakah orang yangmembesarkan diri? Di manakah orang yang menyombong diri? Kemudian Dia melipatbumi dengan tangan kiri-Nya seraya berkata: Akulah Raja segala Raja! Di manakahorang yang menyombong diri?” Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong keranasesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan kamu tidak akan mencapaisetinggi gunung.” (Surah al-Isra’, ayat 37)

Kesombongan itu menggelapkan jalan ke syurga, merosak pergaulan, merenggangpertalian, memecah perpaduan. Al-Quran sebagai mukjizat dan penawar selayaknyaditampilkan sebagai panduan, peringatan bukan sekadar bacaan dan nyanyian malahsebagai penyatuan serta keinsafan. Justeru, al-Quran sebagai mukjizat dan penawar bukan saja untuk dihayatikeindahannya, malah memberi petunjuk untuk membina ketaatan, menjadi orangberiman yang membela kebenaran, memelihara diri daripada dosa dan kemurkaan. Mengingati hari akhirat memberi kesedaran dan keinsafan bahawa penghujung jalan terbentang suatu lagi perjalanan yang masih panjang.

Sunday, July 18, 2010

masa..

lama sungguh lah aku tak mengupdated apa yang patut dalam nie.
keletihan aku keje sampai terpaksa aku skip kelas utk beberapa minggu. adoi la. sure aku kena repeat class lagi lepas nie.

apapun, aku rasa enjoy keje kat sini, freedom... best & happy pulak.

kalau kengkawan nk turun PD just let me know...

apa lagi nk update erk?