Saturday, August 14, 2010

Polis Nasihat Pengguna Awas Guna Jalan 'Maut' Di Manjung

Polis Nasihat Pengguna Awas Guna Jalan 'Maut' Di Manjung

LUMUT: Polis Daerah Manjung menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati apabila melalui Jalan Sitiawan-Kayan-Teluk Intan, Jalan Sitiawan-Ayer Tawar-Ipoh, dan Jalan Sitiawan-Segari-Pantai Remis, dekat sini, yang dianggap sebagai "laluan maut" kerana kadar kemalangan yang tinggi di jalan-jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata kadar kemalangan di ketiga-tiga kawasan itu sering meningkat setiap kali tiba musim cuti dan perayaan.

Bercakap kepada Bernama di sini beliau berkata menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri, pihaknya akan meningkatkan operasi trafik di kawasan berkenaan dalam usaha menghindari kemalangan jalan raya, di samping membanteras kegiatan lumba haram.

Beliau berkata tahun lepas 2,922 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di Manjung dengan 104 darinya adalah kemalangan maut, kebanyakannya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

1 comment: