Saturday, September 18, 2010

Alfatihah : Allahyarham M Rajoli

Sabtu September 18, 2010
M.Rajoli Selamat Dikebumikan


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran, M.Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohamed Zin, 65, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, pada pukul 10.30 pagi ini.

Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Jumaat, pada pukul 10.45 malam, akibat sesak nafas setelah menderita penyakit barah otak sejak tiga tahun lalu sehingga lumpuh satu badan sehingga terpaksa menggunakan sistem bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan dua isteri iaitu, Hashimah Md Din dan Wan Chik Daud serta empat anak; Siti Dzaleha, Nur Muhammad, Siti Nazirah dan Muhd Arif bersama tujuh cucu.

Antara artis-artis yang hadir termasuk Ziela Jalil, Ezani, Sabri Yunus, Arash Mohamad, Sani Sudin (Kopratasa), Datuk Ismail Hudson, Rosham Nor dan Harun Salim Bachik.

Bagaimanapun, Wan Chik tidak hadir pada majlis pengebumian pelakon tersebut.

Mengenang kembali jasa-kasanya dalam industri hiburan, M.Rajoli terkenal dengan kebolehannya melakonkan watak komedi. Kehebatan bakatnya bukan setakat itu sahaja malah mampu membawa peranan lain secara berkesan turut membuatkan dia berjaya menggondol anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-15, pada tahun 2001.

Pelakon kelahiran Pasir mas, Kelantan itu telah mula berlakon pada tahun 1964 menerusi filem Ibu Ayam, arahan Allahyarham Salleh Ghani, sebagai penggesek biola.

Allahyarhan juga terkenal dengan imej ranggi bersama motosikal berkuasa tinggi kesayangannya.

************************************************************

PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.

Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini.

M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

SUMBER : http://mstar.com.my

Alfatihah, ikhlas dari IszPutera

No comments:

Post a Comment