Friday, December 31, 2010

goodbye

selamat tinggal 2010
selamat tinggal kenangan
selamat tinggal penderitaan
selamat tinggal kasih sayang
selamat tinggal kekasih gelap
selamat tinggal segala-galanya...

Thursday, December 30, 2010

Jenis² Penyakit Jiwa

a) Neurosis (Kegelisahan)
Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut @ fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala² badan yang lain.

b) Depresion (Kepiluan)
Kadangkala berasa sedih, tidak berminat dengan aktiviti biasa, lemah dan sukar tidur. Sering menangis tanpa sebab dan mungkin menympan rasa hendak membunuh diri apabila mengalami kegagalan atau kehilangan sesuatu @ seseorang yang disayangi.

c) Psikosis
Merupakan penyakit jiwa yang paling teruk. Dalam kes ini, peaskit akan hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di alamnya yang tersentidi serta berkelakuan ganjil. Misalnya, mempunyai kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara² yang tidak wujud, bersikap mundur dan tutur kata yang tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar yang dia mengalami sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

..... renung²kan & selamat beramal.

Wednesday, December 29, 2010

HAPPE BIRTHDAY MYSELF

selamat hari lahir buat diri aku
Alhamdulillah, menjangkau 29tahun aku bernafas di bumi ALLAH.
thanks kepada semua yang wish my birthday through
facebook, twitter, sms, myspace, tagged, friendster & lelain... aku hargai ucapan anda semua.
harapan aku agar cita-cita aku akan tercapai, dalam keterkilanan menanti sms seseorang aku masih dapat banyak sms wish birthday. maybe dia betul2 lupa or memang tak ingat. takper lah. aku doakan dia sihat sentiasa. amin...

Tuesday, December 28, 2010

sepotong doa

Doa Menghadapi Orang Yang Zalim

Maksudnya;
"Ya ALLAH! TUHAN Penguasa tujuh langit, TUHAN Penguasa 'Arasy yang agung. ENGKAU jadilah pelindung bagiku dari si fulan dan para pengikutnya terdiri dai makhluk-MU. Janganlah ada seorang pun daripada mereka yang menyakitiku atau melampuai batas terhadapku. Sungguh kuat perlindungan-MU dan amat agung pujian-MU. Tiada TUHAN yang berhak disembah selain ENGKAU." - Hadis riwayat Al-Bukhari.

Doa Ketika Terlalu Sedih

Maksudnya;
"Tiada TUHAN yang berhak disembah selain ALLAH, yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada TUHAN yang berhak disembah selain ALLAH, TUHAN menguasai Arasy, yang Maha Agung. tiada TUHAN yang berhak disembah selain ALLAH, TUHAN yang menguasai langit dan bumi. TUHAN yang menguasai Arasy lagi Maha Mulia." - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

renung-renungkan...

Monday, December 27, 2010

time is coming

masa itu akan tiba...
nantikan masa itu
akan hadirkah masa-masa gembira itu kembali?
masih adakah sisa-sisa kegembiraan?
waiting...
waiting..
waiting.
and still waiting while the time still running.

Saturday, December 25, 2010

SAKIT KEPALA !!!

kenapa lah kerap sangat aku dapat sakit kepala nie, padalah takder mender pun yang aku pikir. nothing much to think.
apa yang aku tensionkan sangat nie?
maybe i need some space to release my mind.
YA ALLAH YA TUHANKU,
DARI MU AKU LAHIR,
DAN KEPADAMU JUGA AKU PERGI...
ANDAI KATA AKU PERGI,
HANYA SATU PINTAKU
KU MEMOHON AGAR DIPERTEMUKAN DENGAN INSAN² YANG SANGAT AKU RINDUI
AKU RINDUKAN DIA TERAMAT SANGAT
KENAPA DIA LANGSUNG TIDAK PERNAH MEMAHAMI APA YANG KU RASA?
TERLALU BESARKAH DOSAKU?
TERLALU NAIFKAH DIRIKU?
HANYA SATU PINTAKU....
AGAR DIRIMU SIHAT SELALU

Baik-Baik sayang


bila aku dok dengar² lagu nie rasa lain je.... :(

selamat menyambut krismas

sambutan krismas yang sederhana tetapi meriah...
selamat menyambut krismas kepada yang merayakannya
selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua

tahun baru bakal menjema tetapi, azam anda adakah yang telah terlaksana?

Sunday, December 19, 2010

tinggalkanku

aku tak tau kenapa
aku rasa mcm ada something yang kurang
aku tak tau mengapa
aku rasa mcm aku memerlukan seseorang untuk meluahkan
tetapi
dengan siapa?
kepada siapa?
mampukah aku luahkan?
masihkah ada kekuatan untuk diri aku?
masih boleh bertahankah diri aku?
aku sendiri masih tak tau
apa yang aku cari,
aku yang aku perlukan,
apa yang aku mimpikan...
mungkinkah akan menjadi kenyataan
mungkinkah akan menjadi problema?
ku masih menanti...
menanti...
dan terus menanti...
sumpah, sehingga saat ini
tidak sedikitpun ku lupakanmu
melainkan dirimu yang terus melupakan diriku
ku terima dengan hati yang berat
walaupun separuh hatiku mengatakan ianya TIDAK
tetapi, ianya telah menjadi kenyataan...

kenyataan! berdirilah di dunia yang NYATA

Thursday, December 16, 2010

Kekecohan Parlimen Satu Peristiwa Hitam: Khairy

Khamis Disember 16, 2010
Kekecohan Parlimen Satu Peristiwa Hitam: Khairy

KUALA LUMPUR: Kekecohan yang dicetuskan oleh anggota pembangkang di Dewan Rakyat pada Khamis semasa pembentangan usul penggantungan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah Parlimen Malaysia dan satu penghinaan terhadap institusi perundangan tertinggi negara, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kejadian itu seperti telah dirancang oleh pembangkang untuk mengelirukan dewan serta meraih simpati rakyat seolah-olah mereka tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan.

"Anwar sudah diberi satu proses yang adil bagi mempertahankan dirinya, kami di pihak Barisan Nasional sudah bersedia untuk membahas usul penggantungannya dan tiga Anggota Parlimen lain.

"Saya orang pertama yang dipanggil Speaker untuk membahas usul berkenaan, namun pembangkang menimbulkan kekecohan sehingga kita tidak boleh bercakap, usul penggantungan kedua kita tetap bahas walaupun pembangkang tiada," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Anwar daripada persidangan selama enam bulan kerana mengelirukan dewan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd.

Turut digantung selama enam bulan ialah R. Sivarasa (PKR-Subang), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.

Kekecohan berlaku apabila wakil rakyat pembangkang membantah pembentangan usul yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung penggantungan Anwar.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata pembangkang akan menggunakan isu berkenaan sebagai senjata kempen untuk memenangi hati rakyat bagi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan MIC, P.Kamalanathan membidas wakil-wakil pembangkang yang membawa masuk kad manila yang tertera dengan pelbagai kata-kata kesat semasa perbahasan usul.

"Demonstrasi jalanan dibawa masuk dan jika kita lihat kekecohan yang berlaku itu sememangnya strategi pembangkang untuk melengahkan perbahasan usul penggantungan berkenaan.

"Kalau mereka kata tidak diberi peluang dan usul mereka sentiasa ditolak, cuba kita tengok berapa banyak usul potong gaji menteri dibawa pembangkang diterima dan dibahas," katanya.

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) pula berkata Anwar sengaja mereka-reka cerita dengan mendakwa beliau tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan pada ruang yang secukupnya telah diberikan.

Malah, katanya, Anwar dibenarkan membawa peguamnya ketika mesyuarat Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan diadakan.

"Anggota Parlimen Subang dan Bukit Gelugor hadir untuk mesyuarat, bila mesyuarat hendak diadakan Speaker diasak sehingga tidak dapat adakan mesyuarat...mereka (pembangkang) menggunakan kuasa minoriti untuk memporakperandakan dewan," katanya.

Liong Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berkata kekecohan itu membuktikan pembangkang sanggup melanggar peraturan mesyuarat demi kepentingan politik mereka. - BERNAMA

Wednesday, December 15, 2010

:: kenapa ::

kenapa erk?
kenapa erk kerap sangat aku sakit pala sekarang nie?
panas sakit pala, ujan sakit pala....
adoila....
ubat apa erk nk bagi ilang sakit kapala nie? tension terlampau-lampau lah pulak.
tulunnnn