Thursday, January 27, 2011

me, mine, aku ....

dh lama betoi aku tak update gambor dalam nie... korang tunggu tau, ada lagi gambo-gambo yg aku nk upload....

Sunday, January 23, 2011

Hidup ini terlalu singkat

Hidup ini singkat. Tidak ada waktu untuk meninggalkan kata-kata penting tak terkatakan.

Life is short. There is no time to leave important words unsaid.

Friday, January 21, 2011

takut + risau + taktau nk pikir apa = biaq p je lah

Pagi semalam ada dapat call dari Hospital tanya tentang aku punya checkup. Boleh pulak diaorang dok tanya aku nie idup lagi ke dah mati? dh sah-sah yang diaorang call tue aku, boleh pulak kuar soalan sial kimak tue kat mulut diaorang, memang kena maki hamun le dengan aku nie.

Tapi, dalam masa yang sama aku takut betoi.... kira-kira 8bulan lbh dah aku tak buat checkup, semenjak aku stay kat PortDickson dulu. adoi, bukan pe... aku yang busy & rasa malas nk p hospital tue. dh jemu dh dengan bau-bau ubat semua tue.

Nurse yang call aku siap sound aku, kalau aku tak p jugak wat checkup, lepas nie kot aku masuk wad ke apa ke, sakit ke, diaorang semua akan buat tak tau je kat aku. adoila, sampai mcm tue sekali diaorang wat kat aku kan, diaorang bukan tak tau yang aku nie jenis liat nk p jumpa doctor bagai, hurmm

sekarang aku kena prepare beberapa perkara sebelum sesuatu yang tidak dijangka terjadi
tukar penama utk epf, insurance-insurance aku semua. sapa yang dapat? tunggulah sampai aku mati baru lah korang tau. kira Alhamdulillah ler korang dapat dari tak dapat apa....

Nie, sekarang nie aku dok pening pala lagi nie, nk p ke tamoh wat checkup nie? tapi kalau aku tak p kepala aku selalu sangat sakit waktu malam... kekadang siang pun rasa mcm nk pitam je.
tapi kalau aku p sure aku kena tahan wad. tangan kiri kanan kena cocok jarum itu ini. hadoiiii... better aku masuk ICU teruskan. lagi best kot rasanya....

didalam dilemamu, tapi aku akan tetap berharap agar suatu masa nanti cahaya terang itu akan kembali kepada diriku...

:: Mutiara Jumaat 21.01.2011 ::

You can choose to be happy or sad and which ever you choose that is what you get. No one is really responsible to make someone else happy, no matter what people had been taught and accept as true.

Monday, January 17, 2011

United kekal status tanpa kalah

United kekal status tanpa kalah
17/01/2011 2:32am


LONDON, Jan 17, 2011 - Manchester United berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana England walaupun Rafael da Silva dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Tottenham yang tamat awal pagi tadi dengan keputusan seri 0-0.

Skuad bimbingan Alex Ferguson terpaksa bermain dengan sepuluh pemain pada 16 minit sebelum masa tamat apabila Rafael dikeluarkan daripada padang.

Kedudukan semasa kini, United berada di puncak liga walaupun hanya mampu mengutip satu mata pada perlawanan tersebut. - AFP

Saturday, January 1, 2011

Talkin buat IszPutera

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai MOHAMAD ISWADY BIN BANIAH, wahai MOHAMAD ISWADY BIN BANIAH, wahai MOHAMAD ISWADY BIN BANIAH,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai MOHAMAD ISWADY BIN BANIAH, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai MOHAMAD ISWADY BIN BANIAH, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai MOHAMAD ISWADY BIN BANIAH, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai MOHAMAD ISWADY BIN BANIAH, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

“kullu nafsin za iqatul maut“
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Datang 2011
Selamat Datang Tahun Baru
Selamat Datang Kekasih Baru
Selamat Datang Azam Baru
Selamat Datang Semangat Baru
Selamat Datang Kematian.....