Saturday, February 26, 2011

:: 3malam tanpa bintang ::

kalau aku pasang radio kat hp aku sebelum tidur mesti ada lagu nie, pastu aku terlena dengan sendirinya... lagu nie memang ada value yg tinggi betoi bagi aku. best lagu nie
sungguh credit aku kasi kat singer dia. :)
...tiga malam tanpa bintang....

Friday, February 25, 2011

MENCARI segala PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)


Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.
Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.
Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).


Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.

Mengelakkan Bala
Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.

Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah.

Firman Allah: (maksudnya)
“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).

Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.
Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.
Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

:: sekudus jumaat ::

salam jumaat,
apa korang rasa ari nie? apa emosi anda?
korang rasa happy? sad? down? tekanan? sakit?
hurmmm
agaknya apa yang korang rasa tue lah yang aku rasa.
don't know how to describe what i feel
arghhhhhh what da hell it is? aduh,
kenapa lah mcm nie sekali penangan dia.....

jom kita p merayapan nak tak? nk merayap kat mana erk?

Thursday, February 24, 2011

...:: SAMAN !!! ::...

aduh, saman aku banyak pulak nie, tension betoi!!! check2 tetengok ada 11 saman tertunggak. mampos aku kali nie..

korang leh visit website nie kalau nk check saman korang...
http://myeg.com.my
*****************************************************************************

PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.

Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.

Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kerajaan tidak akan menangguhkan tempoh pembayaran saman, orang ramai dinasihatkan membuat pembayaran secepat mungkin dan jangan menunggu sehingga hari terakhir.

"Mereka boleh membayar secara dalam talian, di kaunter agensi atau melalui 688 buah pejabat pos seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Solah berkata, JPJ, polis dan DBKL telah bersetuju dan bersedia melaksanakan kadar kompaun baru mulai 1 Mac seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

"Kadar kompaun lama bagaimanapun masih terpakai untuk saman-saman yang dikeluarkan sebelum 1 Mac.

"Untuk saman PBT, buat masa ini hanya DBKL yang terlibat dengan kadar kompaun baru tetapi ia akan diperluaskan ke lebih banyak tempat selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, Solah berkata, pesalah trafik yang menerima saman daripada PBT termasuk DBKL buat masa ini tidak akan disenaraihitamkan walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan membenarkan tindakan tegas itu diambil.

"Hanya penerima saman polis dan JPJ yang akan disenaraihitamkan pada peringkat ini.

"Kita bagaimanapun dalam proses untuk pastikan saman lain (termasuk daripada DBKL) akan disenaraihitamkan pada masa depan apabila mekanisme dan sistem komputer yang lengkap disediakan," katanya.

:: KENAPA ::

KENAPA FIKIRAN ORANG-ORANG SEKARANG NIE SEMPIT SANGAT ERK? DAH MACAM KIMAK HANJENG DAH AKU TENGOK, SIAL BETULLAH ORG YANG DOK MENGAIBKAN AKU TUE, MEMANG AKU AKAN PASTIKAN DIA TAK AKAN SENANG SAMPAI AKU MATI, TGK AR...
APA YANG DIA DAPAT BILA BUAT MCM TUE AKU PUN TAK TAHU.
ORG YANG TERIMA TEKANAN TAK PULAK DIA RASA, YG DIA TAHU DIA AKAN RASA HAPPY BILA BUAT MCM TUE, MEMANG LAHANAT HANJENG LAH DIA TU.

Tuesday, February 22, 2011

rempit lagi

hangpa tgk gaya mat rempit sejati nie. hikhikhik... :)

Sunday, February 20, 2011

:: redup sanubari ::

ok tak pic yg aku upload nie?
actually pic nie dh lama snap, cuma baru ari nie tergerak ati nk attach, coz bila aku tgk pic nie, ilang sket rasa gundah gulana dihati.
ok lah, korang view lah pic aku ye, aku nk tidoq.
tata
titi
tutu
muahh :)

Thursday, February 17, 2011

:: Mat Rempit Tegar ::

ahahaha, ada gaya rempit tak?
kekadang best tau korang sesekali kita merempit nie.
cubalah merempit sekali tgk mcmana rasa seronoknya
sajer je aku gatai p amik pic nie, kekonon merempit lah cecangat.

Wednesday, February 16, 2011

:: hotdog ::

dah jemu makan nasi, sesekali nk jugak makan hotdog. ehehehe, jom cecapa nk makan hotdog skali ngan aku meh cni meh. aku goreng 6batang, aku makan sebatang je. lagi 5batang kena rembat ngan housemate aku. :( janji makan & alas perut.

Tuesday, February 15, 2011

15.02.2011 sepetang di hari Maulidur Rasul

dh lama aku tak memakai baju melayu. ehehe, nie aku dok pakai petang Maulidur Rasul...
encem jugak aku ni kan? ehehe :)

Tuanku Mizan Seru Rakyat Kikis Curiga



PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah rakyat Malaysia harus mengikis sikap curiga-mencurigai antara satu sama lain dan sentimen perkauman yang sempit mesti dibanteras dari awal sebelum ia menjadi barah dalam masyarakat bagi memupuk perpaduan dalam masyarakat.

Baginda menyeru supaya semua rakyat membina negara dengan nilai kasih sayang dan persefahaman dan tidak meruntuhkan perpaduan dan keharmonian yang dibina dalam mencari keuntungan yang sementara.

"Tema sambutan tahun ini iaitu 1Malaysia 1 Ummah mampu menjadi satu jambatan dalam memupuk perpaduan sama ada di kalangan umat Islam mahupun sesama masyarakat amnya," titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Selasa.

Turut berangkat hadir ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Majlis sambutan yang disambut dengan penuh rasa keinsafan itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.

Baginda juga meyeru seluruh umat Islam untuk terus berusaha mempertingkatkan pencapaian yang dimiliki bagi memastikan umat dan negara terus cemerlang.

Tuanku Mizan bertitah, setiap individu Muslim harus memahami dan menjiwai semangat sambutan hari yang paling menggembirakan, iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi tanda permulaan era baru dalam kehidupan manusia dan menjadi titik perubahan besar dalam sejarah dunia.

"Nabi Muhammad s.a.w telah membawa panduan kehidupan yang baik untuk diikuti. Dalam kepimpinan keluarga, Baginda merupakan contoh teladan yang terbaik. Baginda mampu memperlihatkan akhlak yang sangat terpuji hatta sebelum diangkat menjadi Rasul," titah Tuanku Mizan.

Pada majlis itu, baginda juga memperkenan untuk menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada tujun penerima.

Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2011 ialah bekas Profesor Madya Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr Abdul Hayei Abdul Sukor yang juga merupakan Ahli Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Beliau menerima wang tunai RM50,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir al-Quran yang bernilai RM3,000.

Enam penerima lain Anugerah Maulidur Rasul 2011 pula ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran, Datuk Dangiran Mustapha, Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Seri Ibrahim Engku Ngah dan Professor di Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Ismawi Zen.

Turut menerima anugerah ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari; bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Hasmah Abdullah dan pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan Darul Naim, Wee Soo Yen yang mendapat 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah tahun 2010 termasuk subjek Bahasa Arab. Semua penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran bernilai RM3,000.

Sambutan tahun ini dimulakan dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w seawal pukul 7.30 pagi melibatkan 10,135 peserta terdiri daripada 114 kontinjen yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta, badan bukan kerajaan dan sekolah.

Perarakan sejauh 2.4 kilometer bermula daripada Dataran Putra hingga ke Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis diteruskan di dewan solat utama masjid dengan bacaan ayat suci Al-Quran, ceramah agama oleh Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad, deklamasi sajak, nasyid dan persembahan khas daripada peserta program realiti ‘Adik-Adikku’ musim pertama dan kedua.

:: kita satu ::

Sering ku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Penyesalan cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Chorus
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Ulang Chorus 2X

Kerana engkau adalah milikku

Salam Maulidur Rasul 1432H

Monday, February 14, 2011

TLDM Galak Mahasiswa Sertai Palapes Laut

ALOR GAJAH: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa memberi peluang kepada para mahasiswa berkelayakan melibatkan diri sebagai pegawai di dalam pasukan simpanan TLDM.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata penyertaan dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Laut (PALAPES-Laut) memberi manfaat untuk melahirkan satu kumpulan pemimpin yang mempunyai tahap disiplin tinggi serta bertanggungjawab.

"Ia bagi menyediakan satu pasukan simpanan yang terdiri daripada pegawai muda terlatih bagi TLDM untuk dikerah tenaga dalam keadaan darurat atau di waktu memerlukan," katanya ketika berucap sempena penubuhan PALAPES-Laut, Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Tanjung Dahan, dekat sini Jumaat.

Unit 33 penuntut ALAM itu merupakan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang pertama menubuhkan PALAPES-Laut yang keseluruhannya kini mempunyai sembilan unit serupa.

Abdul Aziz berkata penubuhan unit itu merupakan satu perkongsian strategik dalam memanfaatkan sumber manusia yang dilatih dalam bidang perkapalan dan maritim oleh ALAM.

"Perkongsian ini menjadi pendokong dalam merealisasikan konsep pertahanan menyeluruh dasar pertahanan negara," katanya.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif ALAM, David Fredrick menerima pemakaian pangkat tauliah kehormat dan lencana pemerintah daripada Abdul Aziz. - BERNAMA

Friday, February 11, 2011

ilham Nikon D60

korang ley komen sket tak pic-pic yg aku attach nie?
ini lah nukilan Nikon D60. :)
thanks to cameraman.

Thursday, February 10, 2011

ungkapan diriku...

korang setuju tak kalau aku bagi ungkapan macam nie

" Botak itu SEXY, sexy itu BotakYangEncem "

:p

Wednesday, February 9, 2011

peristiwa di Mcdonalds

sayu je hati aku dengan peristiwa kat mcd nie...
boleh pulak duty manager dia yang melayu (sesama muslim) berkata kepada customer pakcik nie dengan soalan yang bangang mcm nie.. " PAK CIK ADA DUIT KE NK BELI MAKANAN KAT SINI?"....
apa korang rasa kalau korang ditujukan dengan soalan macam tue? langsung takder belas ihsan dihati mereka.

tapi setahu aku mcd nie aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, takkanlah sorang customer macam nie pun tak boleh nk tolerate. sungguh memalukan. memang memalukan.

aku dengan marahnya p sound lah dia...
Q : Cik, kenapa tak bagi sikit makanan kat dia? mungkin dia betul-betul lapar & langsung takder duit kot...

A : kami dh biasa org-org macam nie, biar kan aje...

Q : kenapa sampai mcam tue sekali, bukankah MCD nie selalu buat kerja-kerja amal/ kebajikan...

A : diam (muka merah...)

Q : takper lah, amik duit saya nie, belikanlah apa yang pakcik tu nak. mungkin dia lebih memerlukan dari saya. pagi nie rezeki dia kot.

A : diam (muka merah...) ucapan terima kasih pun tak keluar dari mulut dia... melayu apa namanya nie?


inilah dia mentaliti orang sekarang kan... tak terfikir ke dia kalau suatu hari nanti perkara yang sama akan jadi kat dia. mcmana?

renung-renungkan & selamat beramal.

kena gigit

akibat dari kesan gigitan ini, housemate aku terpaksa dikejarkan ke hospital bahagia dengan helicopter pinjam dari TUDM. ngeh ngeh ngeh cian dia...

Tuesday, February 8, 2011

tetiba teringat...

tetiba plak malam nie teringat masa dok bergelak ketawa ngan member-member masa training SLDN tahun 2009 @ Kayns Resort Port Dickson ari tue.
memang happening. semua open minded.

bila lah kita semua nk buat mini gathering erk?
best dapat jumpa, kumpul semua kengkawan balik...

Zack a.k.a bantal, KZ, Puan KE, Dato' Nasir, Kak Sha, akma, rahim & PTMSB teams, kak sue, wednes, kak safina & all geng...

korang rasa bila kita nk buat gathering erk?

dh 2tahun dah tak jumpa reramai. uwaaaaaaaaaaa

:: kekasih halal ::

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

:: kekasih halal ::

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

PROTON umum jualan terhad R3 Satria Neo

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd memperkenalkan Proton R3 Satria Neo untuk dijual dalam bilangan terhad.

Model R3 Satria Neo berharga RM79,797 (MT Metalik) dan boleh didapati melalui tempahan serta merta di semua bilik pameran Proton Edar di Semenanjung Malaysia, kata Proton dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata yuran tempahan adalah RM2,000 dan pelanggan awal akan dijemput ke acara pelancaran itu. Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model itu adalah kesinambungan kepada pembabitan dan kepakaran Proton dalam sukan bermotor yang akan melihat model generasi baharu terpilih disuntik dengan elemen dinamik dan keseronokan yang lebih hebat.

Ditawarkan dalam warna ekslusif "Fire Red" dengan bumbung bercat hitam, R3 Satria Neo mempunyai bentuk luaran yang berbeza daripada model-model sebelumnya.

R3 Satria Neo dilengkapi naik taraf Peringkat 2 kepada enjin standard 1.6 liter CAMPRO S4PH dan mempunyai brek kuasa kuda 145 pada 7,000 rpm dan kuasa terjahan 168 nM pada 5,000 rpm. - BERNAMA

:: AKHIRNYA... ::

AKHIRNYA....
SAAT YANG AKU TUNGGU, SAAT YANG AKU NANTIKAN...
DETIK TERIMA JE SMS MENGATAKAN DIA DH TENDER RESIGN DARI COMPANY TUE MEMBUATKAN HIDUP AKU KEMBALI CERIA...
ALHAMDULILLAH,
DOA AKU DIMAKBULKAN JUA. PERGI JUGAK SI SUNDAL TAK KENANG JASA TUE KAN.
P MAMPOS LAH LEPAS NI KAT DIA, APA YANG AKU NK TAU SIAPA PULAK YANG AKAN COVER TEMPAT DIA LEPAS NIE. AKU RASA AKU LAH ORANG YANG PALING BETUL-BETUL GEMBIRA!!!

PERGI MAMPOS LAH DENGAN DIA LEPAS NIE, ADA AKU KESAH? SETAKAT SIJIK SEKRETARI AJE PUN, BERANGAN MENGALAHKAN MANAGER. AHAHAHAHA

GET LOST YOU!

aku lagi