Wednesday, February 9, 2011

peristiwa di Mcdonalds

sayu je hati aku dengan peristiwa kat mcd nie...
boleh pulak duty manager dia yang melayu (sesama muslim) berkata kepada customer pakcik nie dengan soalan yang bangang mcm nie.. " PAK CIK ADA DUIT KE NK BELI MAKANAN KAT SINI?"....
apa korang rasa kalau korang ditujukan dengan soalan macam tue? langsung takder belas ihsan dihati mereka.

tapi setahu aku mcd nie aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, takkanlah sorang customer macam nie pun tak boleh nk tolerate. sungguh memalukan. memang memalukan.

aku dengan marahnya p sound lah dia...
Q : Cik, kenapa tak bagi sikit makanan kat dia? mungkin dia betul-betul lapar & langsung takder duit kot...

A : kami dh biasa org-org macam nie, biar kan aje...

Q : kenapa sampai mcam tue sekali, bukankah MCD nie selalu buat kerja-kerja amal/ kebajikan...

A : diam (muka merah...)

Q : takper lah, amik duit saya nie, belikanlah apa yang pakcik tu nak. mungkin dia lebih memerlukan dari saya. pagi nie rezeki dia kot.

A : diam (muka merah...) ucapan terima kasih pun tak keluar dari mulut dia... melayu apa namanya nie?


inilah dia mentaliti orang sekarang kan... tak terfikir ke dia kalau suatu hari nanti perkara yang sama akan jadi kat dia. mcmana?

renung-renungkan & selamat beramal.

No comments:

Post a Comment