Thursday, March 31, 2011

:: ...Dalam Botol Yang PALING HAMPEH ::


citer yang paling hampeh, paling membosankan, paling tidak membawa apa-apa erti diabad ini. apa motif sebenar citer nie? lebih banyak menangis, termenung, meratap diri. what da hell?

Sunday, March 27, 2011

:: ... dalam botoi ::

sapa yg dh tengok citer nie?? best ke? sangat best or sangat tak best?

Thursday, March 24, 2011

:: TAHNIAH ::

M. Nasir dan Ramli MS bergelar 'Datuk'

24/03/2011 4:51pm

Oleh ZAMZURINA AHMAD
PEKAN 24 Mac - M.Nasir dan Ramli MS dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang hari ini.

Kedua penghibur dan juga komposer negara itu dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Turut menerima penganugerahan tersebut ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin. - Utusan

*****************
tahniah sekali lagi kepada mereka dari Isz,
tapi aku pulak bila nk jadi datuk erk? datuk cucu. ahaks, kawin pun idak lagi.
ngeh ngeh ngeh

Monday, March 21, 2011

:: Sembah Takziah ::

Bonda Tuanku Mizan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Kelang, Selangor pada pukul 1.22 pagi Isnin.

Jenazah almarhum dijangka dibawa pulang ke Kuala Terengganu pada pukul 10 pagi ini melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, kata Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.-BERNAMA

Saturday, March 19, 2011

:: Jepun @ Tsunami ::

apa-apapun, takziah kepada negara Jepun atas musibah yang tragedi yang menimpa mereka. Kesan yang akan mereka hadapi bukan sedikit, trauma, ketakutan, kadar radiasi yang tinggi menyebabkan negara itu menjadi suram..

kita yang di Malaysia, hidup dalam keadaan aman & damai perlu sentiasa mengekalkan keharmonian yang sedia ada, sentiasa beringat dengan setiap kejadian.

memang akan ada hikmah disebalik kejadia, tetapi kita tidak dapat menganggarkan apa hikmah yang telah dijanjikan olehNya. Tawakallah kita dalam kehidupan ini,

marilah kita bertafakur untuk mangsa-mangsa Tsunami di Jepun.

Monday, March 14, 2011

Musyrik, munafik atau fasikkah kita???

Musyrik: ialah mereka yang tidak beriman dengan iman seorang muslim. Musyrik juga dikategorikan sebagai kafir dan terbahagi kepada dua iaitu dan Kafir Zimmi Kafir Harbi. Kafir Zimmi ialah kafir yang tidak memerangi Islam dan berlindung di bawah pemerintahan Islam sepertimana orang2 cina dan india di Malaysia contohnya. Kafir Harbi pula ialah mereka yang memerangi dan berusaha untuk merosakkan dan menghancurkan Islam. Mereka ini adalah seperti kaum yahudi dan nasrani di Amerika dan Israel.

Munafik: ialah mereka yang hanya mengaku dengan lidah mereka bahawa iman mereka adalah iman seorang muslim tetapi sebaliknya tidak mengamalkan dan mentaati suruhan serta ajaran Islam bahkan berusaha memporak-perandakan Islam. Mereka adalah musuh dalam selimut yang dasarnya lebih bahaya dari kaum Musyrik.

Fasik: ialah mereka yang mengaku dengan lidah dan hati mereka beriman dengan iman seorang muslim. Akan tetapi mereka tidak beramal dengan apa yang dibawa oleh Islam, meninggalkan apa yang disuruh dan melakukan apa yang dilarang oleh syarak. Mereka sentiasa berbuat dosa dan maksiat dan jarang sekali bertaubat.

Jadi, muhasabahlah... Apakah status diri kita... jangan kerana kurang kesedaran menyebabkan kita tergolong dalam salah satu dari 3 golongan tersebut. Minta dijauhkan.. amin...

Thursday, March 10, 2011

:: Customer Service ::

customer service teruk betoi kat satu rangkaian makanan segera kat sini... dah ler tak boleh nk senyum, dok menjerit-jerit pulak kat depan customer. dah macam lahanat jer nengok nye. kenapaye?
company diaorang tak provide training etika @ customer service utk pelanggan ke? profit banyak tapi pelaburan utk training takder langsung, baik lingkup aje company tue. baiklah tutup company tue sebelum aku bom!
sekarang nie aku dok pikir nk guna bom jenis apa erk? hurmmm dah ler staff dia pompuan, muka dok masam... tak reti langsung nk say hai, say welcome, say can i help u....
tak pun aku suruh radio Era ajaqkan kot. ehehehe

dah le ujan kat sini... lagi buat kepala otak serabut mcam nk pecah.

Wednesday, March 9, 2011

:: Trauma ::

:: bila masanya ::

agak-agak bila lah aku leh masuk dalam nie erk?...
.
.
.
.
.
.
.
.
.

:: Jerat Percintaan ::


Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan

Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya

:: sedetik lebey ::


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd

:: demam ::

adoila...
paling tak suka bila demam
demam adalah masa utk makan ubat
tapi aku demam masa utk meroyan. ahaks

demam demam demammmmmmmmmmmmmm
aku demam.... cape nk cuap ubat kat aku nie? uwaaaaa

Friday, March 4, 2011

:: hati kecewa ::

korang ada terfikir tak...
betapa pedih hati untuk menanggung sakit apabila terlalu sukar untuk kita memahami hati seseorang... begitu juga orang tersebut, mesti akan berasa sakit untuk memahami hati kita. so, beginilah permainan cinta. itulah yang kita sama-sama rasa apbila ego beraja didalam sanubari.
dh penat dengan permainan duniawi macam nie, andai kata diteruskan jua tetapi separuh hati menerima & separuh hati menolak memang tiada gunanya.

kembalilah, berpijak lah kealam nyata agar kita tahu erti hidup, erti dunia yang sebenar. mengertilah oleh kita cinta yang kekal, cinta yang hakiki adalah berlandaskan akal yang waras bukan nafsu semata-mata.

arghhhh alangkah kejamnya hidup begini kan?

Thursday, March 3, 2011

dari sudut BotakYangEncem

orait tak pic² aku nie? ehehe, membosankan... dari dok bosan aku snap arr pic aku. pepandai arr korang nk judge aku camner.

Tuesday, March 1, 2011

:: Renungan ::

Meminta Kepada Yang Maha Kuasa

Hadith :



Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Bahawasanya nabi s.a.w sering berdoa minta perlindungan kepada Allah Taala dari suratan takdir yang buruk, dari mendapat celaka, dari kegembiraan musuh (kerana penderitaan baginda) dan dari tekanan ujian.”



(Muslim)



huraian

Senang, bahagia, suka cita, duka cita (tekanan masalah/tensyen), kecewa dan sebagainya adalah sesuatu yang biasa dialami manusia.Jika kerana sesuatu menimpa kita, maka mohonlah (berdoalah) kepada Allah S.W.T. Hadapilah itu dengan kesabaran dan menyerahkan semua permasalahan kepada Allah supaya Dia menghilangkan kesedihan tersebut dan menggantikannya dengan kegembiraan.



USAHA....

solat doa dan zikir sangat membantu..





Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas