Monday, April 18, 2011

:: minggu² letih ::

aduh,
letih memang letih...
keje
keje
keje...
banyak juga nk wat erk, nk pikir personal lagi.
adoi, patah kaki aku mcm nie....
aku kena beli kete juga nie
nk kete ke motor?
adoi.. tolong...
kalau aku amik motor, sekarang musim ujan tak tentu. pagi tadi sib baik ler ada payung ihsan dari maxis semalam aku dapat. aku gunapakaikan. kalau tak lenjun aku nk p keje.

sampai opis je banyak jugak pending work aku kena buat... letih den. :)
tapi takper, kerjaya aku.

target aku 5tahun akan datang... will be Human Resources Manager (maybe). mudah²an.. :)

korang tak p mamam ke? jom mamam... nk mamam apa ni erk?

Thursday, April 14, 2011

:: Kekosongan Jawatan ::

kekosongan jawatan untuk diisi oleh individu yang berkelayakan & berminat...
sila majukan resume anda berserta gambar terbaru & gaji yang dipohon ke email saya : Isz.Putera@gmail.com

terima kasih atas kerjasa anda. :~)

Wednesday, April 13, 2011

:: lunch time ::

nk mamam apa erk ari nie?
pagi tadi aku nk mamam roti sardin, sekali yg datang mcm bukan roti sardin, hancur seribu roti tersebut..... cam kimaks je mamak itu.

then aku ajak staff p makan kat kedai lain, makan berat terus lah. mamam nasi putih + ayam masak merah + telur hancur + kopi o ais = RM6.50.

tengahari nie aku taknak makan, nk beli pisang goreng kot...

lepas lunch ada training pulak... mesti ngantuk giler kan.
takper lah, nanti masa training aku dok update blog lah. ehehehe :)

jom kengkawan yg tak malu... kita mamam sesama mau?

:: keje ::

adoi,
memang mencabar betoi minggu nie...
balik pun lewat sket.
cian dia... aku mcm tak msg, call dia.
bukan sengaja pun, sebab aku busy.
gpun aku dh gtau dia, kalau aku keje aku akan keje...
aku lupa jap hal² personal,
lepas waktu keje baru leh pikir. hikhik
itupun kalo dia paham,
kalo dia tak paham gak, meh cini aku rotan bontot dia.
ekekeke....
aku nk tido jap nie, sakit pala.. baru pas telan ubat.
kepala serabut, kepala sakit
bukan apa.. tak cukup rehat yang yenye....
tidor lewat, bangun awal. apa kes?
apa nk buat....
sudah nasib badan. ahaks

Sunday, April 10, 2011

:: Jawatan Kosong ::

Jawatan kosong untuk yang berminat & berkelayakan, sila sertakan resume lengkap anda, gambar, gaji yang diminta ke email saya : Isz.Putera@gmail.com

*Calon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk proses temuduga.


1) HEAD OF PROGRAM – PHYSIOTHERAPY DEPT.
Bachelor’s Degree in Physiotherapy from a recognized institution of higher education
Minimum 5 years related experience in this related field
Candidate who have master/PhD or have experience in teaching at any higher education institution would be advantage.

2) LECTURER - PHYSIOTHERAPY DEPT.
Diploma/Bachelor’s Degree in Physiotherapy or medical Science field.
At least 2 years working experience in this related field would be advantage.

3) TUTOR – PHYSIPTHERAPY DEPT.
At least Diploma in Physiotherapy.
Minimum 1 year working experience in this related field.

4) HEAD OF PROGRAM – MALAY TRADITIONAL MASSAGE DEPT.
Bachelor’s Degree with 10 years working experience.
Traditional and complementary medicine practitioners who are registered with a recognized body from the Ministry of Health.

5) LECTURER - MALAY TRADITIONAL MASSAGE DEPT.
Bachelor’s Degree with 5 years working experiences.
Traditional and complementary medicine practitioners who are registered with a recognized body from the Ministry of Health.

6) TUTOR - MALAY TRADITIONAL MASSAGE DEPT.
At least SPM with 5 years working experience.
Traditional and complementary medicine practitioners who are registered with a recognized body from the Ministry of Health.

7) ASSISTANT TUTOR - MALAY TRADITIONAL MASSAGE DEPT.
At least 10 years working experience.
Traditional and complementary medicine practitioners who are registered with a recognized body from the Ministry of Health.

Saturday, April 9, 2011

:: best ::

bestnya tido seharian...
balas balik hari-hari yg aku terpaksa bangun awal tue. ngeh ngeh nngeh
rindunya kat dia, dia rindu aku tak?
;)
tapi....
tapi.....
tapi......
tapi.......
aku mcm ada rasa something la

Thursday, April 7, 2011

:: serabutnyer ::

Sungguh semaknye kepala hotak aku nie,
nape tension sangat2 nie? nape? nape?
adoila.......
aku penat, nobody can understand my situation, why?
i'm very2 tired, korang tlg le jgn bagi aku temper, korang kena lah paham aku keje camner,
work is work...
personal is personal....
don't ever2 u mixed up.

think about it...

i want to tidoq, kalau aku tidoq terus kan bagus... tau2 aku dh mampos. bila ler aku nk mampos nie kan

Tuesday, April 5, 2011

:: letih den ::

adoi,
semalam 1day keje letih giler badan. ingat nk p beli novel kot² ler balik keje leh baca. tapi hampeh... penat seharian keje, terus tido...
dok tengah seronok online rerupanya tertido depan pc. ciannye aku kan.
pulak tue, bangun lewat. hadoila... cib baik sempat masuk opis awal. aku bukan apa, nk kejar transport aje...

ari nie, campai opis je aku on air-cond... dok bukak pc. perkara pertama yang perlu dilakukan adalah on pc. then surf berita² terkini. kena jugak amik tau hal negara / luar negara nie. :)
kat bawah tue ada visitor dari memana ntah, malasnye nk amik tau. yg aku nk buat sekarang adalah built up new system HRM kat opis nie. tension betoi aku... semua berterabur.

dh le kepala aku botak, bertambah² botak dia.. halussss je (bak kata Harith Iskandar dalam iklan nescafe). ahaks.

rindu arrr kat dia tue, tapi takper.. nanti dia balik boleh arr jumpa. kan awak kan.....

nah, saya kiss awak sket. MMMuuuuuuuuahhhhhhhh :)

assalammualaikum semua,
bye... tata titi tutu. jumpa malam nie kat facebook. :)

Monday, April 4, 2011

:: apa anda rasa? ::

apa yang anda rasa apabila diri anda dihargai?
apa yang anda rasa apabila diri anda disayangi?
apa yang anda rasa apabila diri anda dihormati?
apa yang anda rasa apabila diri anda diberi perhatian?

mesti anda rasa happy kan? mesti anda rasa terharu kan?

thanks a lot. very-very big thanks to you. :~)

Sunday, April 3, 2011

Filem : Cun!


Pengarah : Osman Ali

Penulis: Osman Ali(Lakon layar)
Osman Ali(Scriptwriter)
Lakonan: Maya Karin : Luna Latisha (Pelakon Utama)
Remy Ishak : Atan (Pelakon Utama)
Kartina Aziz : Tok Chah (Pelakon Pembantu)
Faezah : Tom (Pelakon Pembantu)
Nadiyatul Nisaa : Manis (Pelakon Pembantu)
Mislina Mustaffa : Bedah Tonggek (Pelakon Pembantu)
Ning Baizura : Candy (Pelakon Pembantu)
Jehan Miskin : Ryan Hidayat (Pelakon Pembantu)
Marsha Milan Londoh : Siti Senjakala (Pelakon Pembantu)

Penerbit: Gayatri Su-Lin :(Penerbit Eksekutif)
Julian Jayaseelan :(Penerbit Eksekutif)

Sinopsis:
Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’

:: Al-Fatihah Allahyarham Seri Bayu ::


PETALING JAYA: Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, (gambar) meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf motoneuron.

Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu Jumaat.

Anak angkatnya Sarina Abd Ghani, 29, yang dihubungi mStar Online memberitahu Allahyarham semakin tenat sejak beberapa hari lalu dan di masukkan ke hospital apabila keadaannya semakin kritikal.

"Semalam (Jumaat) keadaan dia semakin teruk menyebabkan kami terpaksa membawanya ke hospital," katanya.

Menurut Sarina, keluarga termasuk ibu bekas isteri serta anak-anaknya tidak dapat dihubungi bagi memaklumkan hal berkenaan.

Katanya jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor.

Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan penyanyi Erema.

Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu.

Seri Bayu meninggalkan lima orang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama iaitu Muhamad Akmal, 16, Muhamad Aiman, 15, Muhamad Aizam, 12, Ally Farjana, 10, dan Muhamad Adham, 8.