Sunday, February 9, 2014

cerita melalui gambo

lama beno tak update pic kat blog,
sekali sekala apa salahnya :)
jgn nk carot hoccay.....
gambo ini menceritakan semua
 
 

Wednesday, January 29, 2014

planning cuti CNY

apa planning korang sepanjang cuti CNY nanti?
@ Balik Kampung?
@ Tido?
@ Melepak?
@ Makan?
@ Mengumpat?

ahahaha apa-apa je la, janji dpt tido dengan tenang..... :)

Yeay... juara Masterchef All Star sudah diketahui


Zamir Juara Masterchef Malaysia All Star
Zamir
PETALING JAYA: Peluang kedua yang diberikan tidak disia-siakan oleh peserta paling muda iaitu Zamir apabila diumumkan sebagai juara MasterChef Malaysia All Star sekali gus menumpaskan pesaingnya, pengacara Celina Khor.
Kemenangan itu melayakkan Zamir atau nama sebenarnya, Arshad Zamir Mohd Azmi, 21, menerima wang tunai bernilai RM55,000 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih.
Zamir sebelum ini pernah menyertai MasterChef Malaysia musim pertama pada 2012 dan menjadi peserta empat terbaik.
Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli selepas Majlis Tayangan Episod Kemuncak MasterChef Selebriti Malaysia yang diadakan di First Avenue, Bandar Utama di sini.
Ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Maya HD pada malam Selasa.
Zamir ketika ditemui berkata, tidak menyangka kemenangan tersebut namun ia adalah antara pengalaman manis sepanjang kariernya dalam bidang kulinari.
Raqim Ahmad Ramli (kiri) menyampaikan hadiah kepada Zamir.
Malah katanya, dia sebenarnya berasa gementar perlu berhadapan dengan Celina yang disifatkan sebagai tukang masak berbakat.
“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini.
"Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini,” katanya pada sidang media di sini sebaik selesai siaran tersebut.
Dalam pertandingan tersebut Zamir tampil dengan tiga jenis sajian iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut.
Pada episod terakhir itu, Zamir memilih untuk menghidangkan Sup Cendawan sebagai pembuka selera, Sea Bass Gone Wild (hidangan utama) dan Kek Angle (pencuci mulut).
Manakala Celina menghidangkan Fiesta Makanan Laut (pembuka selera), Dua Benua (hidangan utama) dan Kek Coklat Lava (pencuci mulut).
Barisan juri yang mengadili hidangan kedua-dua peserta itu adalah Chef Johari Edrus, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran.
Program sebanyak 40 episod itu disertai 20 peserta daripada musim terdahulu termasuk MasterChef Selebriti Malaysia.
Barisan peserta yang menyertai pertandingan itu ialah Azwan Ali, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Micheal Ang, Syanie, Enot, Brian, Imelda, dan Zamir.
Turut serta adalah Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahirah.

Sedih Kalau Menang Anugerah, Terpaksa 'Makan Pasir'


Sedih Kalau Menang Anugerah, Terpaksa 'Makan Pasir'
Syafie Naswip menangis memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 25 tahun lalu menerusi filemSonglap. Tapi sayang, selama dua tahun dia menderita tidak dipedulikan walaupun banyak menerima anugerah.
DALAM satu luahan kepada wartawan mStar Online iaitu Kemalia Othman, pelakon Syafie Naswip berkata kejayaannya memenangi beberapa anugerah dalam industri lakonan tidak memberi apa-apa makna.
Syafie, 21, juga menerima nasib malang. Selepas menang anugerah, dia hilang ‘pekerjaan’ selama dua tahun.
Semasa menerima anugerah, dia menitiskan air mata terharu. Tetapi air matanya terus keluar selepas itu kerana tak ada sesiapapun nak mengiktiraf bakat dan kebolehan dia walaupun juri telah melihat pelakon ini mempunyai potensi untuk berjaya.
Syafie yang popular dengan watak Mukhsin pernah memenangi beberapa anugerah termasuklah pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2007, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM22 & FF25) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Seri Angkasa.
Ia satu pencapaian yang luar biasa buat anak muda ini selepas bakatnya dicungkil oleh Allahyarham Yasmin Ahmad menerusi filem Mukhsin.
Kalau saya jadi Syafie, persetanlah dengan anugerah-anugerah di Malaysia ni. Anugerah hanya sekadar pengiktirafan yang belum tentu dapat mengisi periuk nasi kita untuk kelangsungan hidup.
Sebab itulah jika yang menang seribu anugerah sekalipun di negara ini, usahlah mendabik dada kerana kita tidak tahu apa akan jadi apabila berada di hujung-hujung usia.
Kecemerlangan seseorang artis di Malaysia diukur kepada populariti. Kalau tak popular, jangan haraplah nak dapat peluang berlakon.
Maaf ya... menang anugerah sebakul pun kalau muka tak jambu, tak handsome, tak bergetah, susah nak dapat peluang. Itulah ukuran dunia seni kita.
Apabila Rita Rudaini kata pelakon kita harap muka ‘jambu’ tapi lakonan mereka ‘hampeh’ saya sokong seratus peratus.
Muka-muka yang lawa hanya layak untuk dijadikan cover muka depan dan poster dalam majalah dan surat khabar. Apabila suruh berlakon, keras macam kayu.
Puncanya dek kerana terlalu ramai pengarah dan produser pada hari ini terlalu ambil mudah soal bakat seseorang.
Hasilnya terbentuklah lambakan golongan ini tetapi kebolehan tak seberapa.
Maka mereka mulalah mencari publisiti dengan melakukan segala kontroversi untuk menjadi popular kerana mereka sedar dengan cara itu sahajalah mereka akan mendapat peluang.
Apabila populariti bersandarkan kontroversi ini menjadi pilihan, dunia seni kita akan hancur lebur dan jadilah macam Syafie Naswip yang terpaksa hidup bagaikan peminta sedekah selama dua tahun gara-gara dipinggirkan.
NIEZAM: Wow... dengar cerita ada produser drama beli motosikal kuasa besar kat pelakon barunya. Patutlah artis baru sekarang ni naik lemak!

Wednesday, January 15, 2014

Berkat Maulidur Rasul 14.01.2014

Alhamdulillah,
keberkatan meraikan Maulidur Rasul semalam (14.01.2014). apa yg dirancang menjadi kenyataan,
perjumpaan bersama kawan-kawan lama sekolah (Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 10, Lekir, Sitiawan) menjadi kenyataan. walaupun tak ramai yg hadir tapi meriah dengan idea-idea disamping semuanya datang bawak hero/puteri memasing. kito nie apa yg ado? ekekeke
tapi program yg dirancang insyallah pada 22.03.2014 bakal menjadi kenyataan insyallah... sama-sama doakan
Reunion Mega bekas pelajar SMKBS 1994-1998.

Monday, January 13, 2014

join the SuperONE fan club

mari ramai² mendaftar sebagai ahli SuperONE Fan Club
One Fighting Championship
follow official OneFC link for more details;

With 90%+ market share in Asia, ONE Fighting Championship is Asia's largest Mixed Martial Arts (MMA) organization.  Headquartered in Singapore, the world’s most exciting mixed martial arts organization hosts the best Asian mixed martial artists and world champions, all signed to exclusive contracts, on the largest media broadcast in Asia.

ONE Fighting Championship™ has partnered with FOX and STAR Sports for an unprecedented 10-year cable television deal with a coverage that spans 70+ countries across the world.

Mixed martial arts (MMA) is the fastest growing sport in the world today. In true Darwinian fashion, the sport of MMA allows for any martial arts style to compete against any martial arts style in the most free of artistic expressions for martial artists. MMA athletes utilize the best techniques from any and all martial arts in order to compete standing up or on the ground.

Whether it is Karate, Muay Thai, Kung Fu, Silat, Jiu-Jitsu, Judo, Kali, Shuai Jiao, Aikido, or other martial arts, Asia has been the birthplace and home of martial arts for the last 5,000 years. Mixed martial arts (MMA) is the most exciting evolution in centuries and is the future of martial arts. It combines the excitement of a prize fight, the athleticism of the Olympics, the tradition of martial arts, and the adrenaline of a rock concert.

ONE Fighting Championship currently hosts the most exciting MMA fights in Asia, featuring the top Asian fighters.

PERHATIAN !!! skype user

Minta perhatian kepada skype user.....
perhatian
perhatian
attention!!!.....
add le saya ye : ( isz.putera ) id skype saya.

sekian, terima kasih :)

Thursday, January 9, 2014

harga naik

amboi² kerajaan nie...
belum pilihanraya ari tue manis mulut cakap confirm tak ada kenaikan
elok je dpt mandat memerintah, satu persatu naiknya...
sentap pulak rasa
abis, kami² yang kekuli ketip nie nak melantak apa kalau semuanya nak naik?
MEMANG CONFIRM NEXT PILIHANRAYA AKU AKAN PILIH PAS/DAP/PKR

Tuesday, January 7, 2014

Google Hasilkan Paparan Khas Yasmin Ahmad Hari Ini


Al-Fatihah untuk arwah
Google Hasilkan Paparan Khas Yasmin Ahmad Hari Ini
Paparan logo muka depan Google pada Selasa yang menggunakan wajah Yasmin Ahmad.
PETALING JAYA: Enjin carian Google memberi penghormatan kepada pembikin filem Malaysia, Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menghasilkan paparan khas pada logo carian itu sempena meraikan ulang tahun beliau ke-56 pada Selasa.
Allahyarham meninggal dunia pada 15 Julai 2009 ketika berusia 51 tahun akibat pendarahan otak.
Beliau terkenal dengan arahannya menerusi iklan Hari Raya Petronas dan memenangi beberapa anugerah untuk filem Rabun , Sepet , Gubra , Mukhsin , Muallaf dan Talentime.
Walaupun beberapa karya beliau menerima kritikan dan dianggap tabu dalam konservatif Malaysia, penulis dan pengarah tersebut tetap menjadi ikon yang di sanjung industri perfileman negara.
Yasmin Ahmad
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Google memberi penghormatan dengan memperingati usaha Yasmin Ahmad dalam menyatukan rakyat Malaysia daripada setiap jantina, etnik dan agama.
Menurut Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof, mereka memutuskan untuk menyambut ulang tahun ke-56 Yasmin dengan paparan di muka utama laman Google kerana beliau merupakan seorang tokoh yang sangat memberi inspirasi.
"Google sentiasa mengambil berat dan meraikan personaliti tertentu untuk memberi penghargaan kepada mereka terutamanya yang telah banyak memberi inspirasi kepada masyarakat.
"Kali ini kami memilih Yasmin Ahmad untuk memperingati pengarah ini dengan memaparkan lukisan gambar beliau di laman utama Google sepanjang hari ini," katanya.
Pasukan Google yang bekerja di ibu pejabat di Mountain View, California bertanggungjawab untuk membuat semua paparan Google di seluruh dunia.
"Pejabat tempatan akan memberi cadangan personaliti yang difikirkan layak. Ia adalah satu proses yang sangat sukar, kerana terdapat lebih daripada 1,000 cadangan setiap tahun, lebih 70 negara," kata Zeffri.
Paparan dan lukisan wajah Allahyarham berdasarkan gaya visual Sepet kerana filem tersebut merupakan filem yang paling berjaya dan mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara.
Dalam kenyataan itu, Google juga berterima kasih kepada keluarga Yasmin untuk kebenaran dan kelulusan bagi tujuan berkenaan.

Thursday, January 2, 2014

mcm takder harapan je MU ni....


Spurs Benam United Di Old Trafford
Christian Eriksen (kanan) meraikan jaringannya bersama Aaron Lenon.
TOTTENHAM Hotspur menundukkan Manchester United 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi Khamis.
Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada pasukan kendalian David Moyes dalam usaha mempertahankan kejuaraan musim lalu.
Emmanuel Adebayor meletakkan Spurs didepan menerusi tandukan mudah pada minit ke-34.
Roberto Soldado nyaris menggandakan jaringan tetapi percubaannya berjaya ditepis penjaga gawang United, David De Gea dari jarak dekat.
Spurs terus mempamerkan aksi bertenaga apabila Christian Eriksen menanduk masuk hantaran Aaron Lennon pada minit ke-66.
Selang seminit kemudian, United bangkit menerusi jaringan Danny Welbeck.
United terus melakukan asakan demi asakan untuk mencari gol penyamaan tetapi penjaga gol Spurs berjaya menyelamatkan beberapa percubaan penyerang United.
United kini menduduki tempat ketujuh, ketinggalan tiga mata dibelakang Spurs yang berada di tempat keenam dan perbezaan 11 mata dengan pendahulu liga, Arsenal.