Thursday, January 2, 2014

mcm takder harapan je MU ni....


Spurs Benam United Di Old Trafford
Christian Eriksen (kanan) meraikan jaringannya bersama Aaron Lenon.
TOTTENHAM Hotspur menundukkan Manchester United 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi Khamis.
Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada pasukan kendalian David Moyes dalam usaha mempertahankan kejuaraan musim lalu.
Emmanuel Adebayor meletakkan Spurs didepan menerusi tandukan mudah pada minit ke-34.
Roberto Soldado nyaris menggandakan jaringan tetapi percubaannya berjaya ditepis penjaga gawang United, David De Gea dari jarak dekat.
Spurs terus mempamerkan aksi bertenaga apabila Christian Eriksen menanduk masuk hantaran Aaron Lennon pada minit ke-66.
Selang seminit kemudian, United bangkit menerusi jaringan Danny Welbeck.
United terus melakukan asakan demi asakan untuk mencari gol penyamaan tetapi penjaga gol Spurs berjaya menyelamatkan beberapa percubaan penyerang United.
United kini menduduki tempat ketujuh, ketinggalan tiga mata dibelakang Spurs yang berada di tempat keenam dan perbezaan 11 mata dengan pendahulu liga, Arsenal.

No comments:

Post a Comment